Dh Minta Maaf Pun Masih Boik0t. Siap Ada Yg Lempar Fitn4h. Boss Jakel mula bersuara

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel hari ini menafikan bahawa pemilik akaun instagram bernama Nor Lizah mempunyai kaitan dengan syarikat tekstil mahupun rangkaian syarikat itu.

Video Terdapat Di Bawah Artikel

Malah Mohamed Faroz menegaskan, Nor Lizah juga tidak pernah mewakili syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara, jauh sekali mempunyai kaitan dengan adiknya, Muzaffar Mohamed Jakel apabila mengeluarkan kenyataan berbaur fitn4h.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menafikan syarikatnya menghina orang Melayu dan bersifat perkauman selain mendakwa tuduhan itu berunsur sabotaj bagi merosakkan imej perniagaannya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan tuduhan lain termasuk syarikatnya menyalurkan bantuan RM800,000 kepada Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu.

“penul4ran gambar serbuan ke atas syarikat kami kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit juga palsu. Gambar tersebut adalah kejadian pada tahun 2018 dan kesemua pekerja Jakel diambil secara sah melalui undang-undang.

“Bantuan RM800,000 yang tular di media sosial juga f1itnah terhadap Jakel pada tahun 2018 yang dibangkitkan semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, syarikatnya juga tidak terlibat dengan pemilik akaun Facebook Nor Lizah dan Datuk Sri Muzaffar termasuk akaun palsu yang menggunakan logo dan nama Jakel secara tidak sah.

“Sebarang kenyataan bersifat menghi1na dan berbaur perkavman tidak ada kaitan dengan syarikat Jakel dan ahli keluarga Jakel.

“Pihak Jakel menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitn4h tersebut,” kata beliau.

Beberapa hari lalu Jakel menjadi perhatian umum susulan tindakan adik Mohamed Faroz iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu selepas ada netizen yang mempertikaikan tindakan gedung pakaian itu kembali beroperasi pada 4 Mei lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung w4b4k c0v1d-19.

Faroz telah pun memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Biodata Datuk Faroz Jakel, abang kepada Muzaffar Jakel

Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya men1ngg4l dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MV