FOOD TRUCK Di Majlis Perkahwinan, JANNA NICK Lihat Ciri TERBAIK Pada Lelaki Kacukan Pilihannya

Pelakon, pengacara dan usahawan, Janna Nick memang sentiasa menjadi perhatian terutamanya kisah cinta Bersama jejaka kacukan Pulau Pinang dan Switzerland, Dini Schatzmann. Kata Janna, Dini mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik!

Pemilik jenama White Fluffy ini juga sentiasa mempromosikan pencuci muka yang berasaskan susu kambing dan Sephia by Janna Nick, produk kecantikan tubuh diperbuat daripada minyak argan.

Menurutnya, kedua-dua produk ini sudah berada di pasaran lebih dari dua tahun dan sambutannya sangat menggalakkan. Walaupun jarang memuat naik produk ini di laman Instagram namun manfaat di sebalik produk ini cukup dikenali dengan promosi dari mulut ke mulut.

“Saya suka produk  ini kerana kami mula dari scratch. Melalui proses R&D dan mencubanya sendiri pada wajah dan tubuh membuatkan produk ini begitu dekat dengan saya.”katanya.

Tahun 2020 ini tentunya ada azam baharu yang disenaraikan. Bermula dengan gaya rambut baru, Janna juga tidak lari daripada impian yang ingin dilaksanakan pada tahun ini.

 

“Tahun ini masuk sembilan tahun saya berada dalam industri. Saya mula menjejak dunia lakonan sejak berusia 16 tahun lagi. Ketika itu selain minat, niat saya hanya untuk cari duit. lepas satu, satu job lakonan yang saya ambil kerana bagi saya, inilah masanya untuk saya mengumpul harta. Siapa sangka, pada usia 21 tahun saya sudah memiliki rumah sendiri.

 

Ikutkan hati, tahun ini pun saya ingin membeli sebuah lagi rumah kerana pada saya, lebih baik menyimpan aset daripada berbelanja yang bukan-bukan kerana k3senangan ini bukan untuk saya sendiri tetapi buat keluarga tersayang. Dulu waktu yang ada hanya dipenuhi dengan berlakon tetapi kini saya menjadi lebih selektif.

 

Sem4kin lama seseorang artis di dalam bidang seni, sem4kin mencabar sebenarnya kita nak maintain diri kita dalam kategori top. Sebab itu saya memilih untuk meletakkan kualiti berbanding kuantiti. Sebelum ini sibuk cari duit tapi kini saya lebih fleksibel. Ini adalah tahap yang lebih serius dan kita perlu ada strategi untuk masa hadapan,”ujarnya bersemangat.

Menyentuh soal perhubungannya dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik, Dini Schatzmann, Janna menjelaskan hubungan mereka kini berada di tahap serius.

“Sewaktu masuk ke dunia lakonan, memang fokus saya 100 peratus pada kerjaya namun kini saya lebih mengutamakan diri sendiri. Saya yakin, kebahagiaan sebenar adalah apabila kita sendiri menghargai dan menyayangi diri. Dan baru kini saya boleh menumpukan kepada perhubungan yang lebih in depth.

Perkenalan bersama Dini pada awalnya adalah melalui lakonan sebuah drama. Lama-kelamaan, kai berkawan dan saya lihat Dini sebagai seseorang yang ‘satu kepala’ dengan saya. Apabila kita berada dalam satu perhubungan yang serius dan bukan cinta monyet lagi, memang kita berbincang soal kahwin. Cuma saya rasa tidak adil sekiranya saya terlalu menekan pasangan ke arah itu kerana saya faham dia baru sahaja ingin bertapak dalam dunia lakonan. Saya beri dia masa dahulu.

Sebelum ini memang bersungguh saya menolak cinta orang dalam industri kerana saya tahu pergaulannya bagaimana, aturan masa yang tidak menentu dan macam-macam lagi tetapi kata orang jodoh itu tak kenal siapa. Biasanya apa yang kita taknak itulah yang kita akan dapat,”tawanya.

Menurut Janna, dia mulai rapat dengan Dini selepas dia diberitahu ibu Dini, anaknya menyukai Janna. Dari situ mereka mulai rapat dan ciri-ciri lelaki idaman Janna dimiliki jejaka kacukan Pulau Pinang dan Switzerland ini.

“Dalam hidup ini, apabila kita tahu kita mulai memandang sesuatu perhubungan itu dengan serius, kita akan mula mencari ciri-ciri yang boleh membantu kita membina keluarga dengan baik. Dini seorang yang lembut tetapi di sebalik kelembutan itu dia mempunyai sifat tegas yang saya lihat dapat menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak. Mungkin terlalu awal tetapi itulah yang saya nampak dalam diri Dini.

Ramai berpendapat, anak Mat Saleh biasanya lebih bebas, tetapi Dini lebih kepada mummy’s boy dan lembut kala berbicara. Dia hidup dalam prinsip sendiri dan itulah yang membuatkan dia disenangi. Awal perkenalan, Dini memang tidak tahu banyak mengenai dunia hiburan di Malaysia. jadi perbualan kami lebih kepada benda-benda lain yang tidak sentuh langsung pasal dunia lakonan.

Itulah yang saya suka kerana bila hari-hari kita bekerja dalam bidang ini, kita mahukan sedikit freedom untuk tidak membincangkan soal ini. Mentaliti Dini memang berbeza, mungkin kerana dia membesar di luar negara.

Kalau nak dibandingkan Dini dan saya, Dini adalah orang yang paling energetic, suka ketawa, suka menyanyi dan lebih gila-gila. Saya pula orang yang kurang bercakap. Sebab itu kami boleh sekepala kerana saling melengkapi!”senyum Janna.

 

IMPIAN PERKAHWINAN

Perancangan perkahwinan ‘versi’Janna Nick bukan calang-calang. Mengakui dirinya seorang yang suka membuat keputusan saat-saat akhir, tetapi soal perkahwinan bukan perkara main-main.

“Janna Nick memang suka buat benda saat-saat akhir. Untuk tempah busana menghadiri majlis pun saya akan tunggu seminggu dua sebelum majlis. Tetapi, unutk perancangan perkahwinan rasanya setahun pun belum tentu cukup! Kalau boleh, majlis perkahwinan saya nanti saya mahu bersama orang-orang kampung memeriahkan majlis saya. Merewang, makan ramai-ramai dan kalau boleh jemputan pun terbuka. Misalnya tak cukup makanan, saya akan sediakan food truck sekali! itu impian saya.

 

Busana yang ingin disarungkan pula tentulah gaun yang besar berwarna putih. Saya mahu semua orang dapat melihat apa yang saya gayakan dan busana ini tidak boleh digunakan semula di laluan karpet merah, istimewa untuk majlis kahwin saya sahaja,” ujarnya.

Tambah Janna lagi, impiannya ini adalah satu perancangan. Walaupun dia dan Dini kini sedang mengenali hati budi masing-masing, Janna akui semuanya masih awal untuk dibincangkan.

“Saya nampak Dini sebagai ayah yang baik untuk anak-anak saya. Bagi saya, bukan wang ringgit menjadi taruhan tetapi saya melihat siapa yang boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. sikap dan prinsip yang Dini pegang selama ini boleh membantu saya membina keluarga yang baik. InsyaAllah. Cuma untuk menjadi isteri saya perlu kurangkan sedikit ego dan lebih feminin.”katanya mengakhiri perbualan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: nona