Zara Zya harap peminat hanya sokong kerjaya, tidak atur kehidupan peribadi – “Selebriti juga manusia biasa, sedikit-sebanyak tertek4n”

TINDAKAN berani Zara Zya berkongsi mengenai dirinya sudah mempunyai teman lelaki mengundang rasa kecewa segelintir peminat yang inginkan aktres itu bercinta dengan orang lain.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 35, peminat sepatutnya menyayangi dan menyokong karier seni bukan mengatur perjalanan hidup artis kesayangan mereka.

Bukan tidak mahu menerima kec4man atau kritik4n, namun bagi Zara, seorang selebriti itu juga adalah manusia yang sedikit sebanyak perkara itu memberi tekan4n kepadanya.

Zara sebelum ini mendedahkan dia sudah mempunyai kekasih.

“Bila saya ambil langkah sangat berani untuk memuat naik kenyataan buat kali pertama di IG mengenai kekasih saya, ramai yang luah rasa kecewa sebab mereka mengharapkan sebaliknya.

“Ada segelintir mereka ini yang ingin menentukan jalan hidup saya. Kalau nak sayang, sayang saya sahaja.

“Sayang saya tanpa perlu mengaturkan hidup saya macam mana. Jangan la sampai pasangan pun korang nak tentukan. Sedikit sebanyak beri tekan4n kepada saya. Bukan tertek4n sampai tak boleh buat apa.

“Tapi ia ada juga meng4nggu saya. Selebriti juga manusia biasa,” kata Zara kepada mStar.

Zara berharap peminat tidak mengaturkan perjalanan hidupnya.

Pelakon drama Korban Kasih itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika siaran langsung Instagram (IG Live) bersama mStar pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 12 April lalu, Zara mengakui dirinya sedang bahagia bersama insan tersayang apabila menulis kapsyen romantik di Instagram.

Zara bagaimanapun memberitahu, terlalu awal untuknya mendedahkan identiti lelaki tersebut kerana mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Sebelum ini, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu namun hubungan itu hanya bertahan selama tiga bulan saja.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar