MEMPUNYAI akhlak terpuji, berkata-kata dengan lemah lembut, tidak berprasangka dan tidak gemar bercakap tentang perkara yang tiada faedah.
Itu keperibadian dua tokoh dakwah di negara ini iaitu allahy4rh4m Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang men1ngg4l dunia pada 16 September 2016 dan terbaru, allahy4rh4m Tuan Guru Datuk Ismail Kamus yang pergi menghadap Ilahi, kelmarin.
Kedua-dua tokoh itu figura penting dalam persada dakwah dan memiliki keperibadian yang hampir sama dengan tutur kata lemah lembut.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengenali kedua-dua tokoh berkenaan secara peribadi menzahirkan rasa kehilangan besar buat negara ini apabila kedua-duanya dipanggil ke pangkuan Ilahi.
“Tuan Guru Datuk Dr Haron dan Datuk Ismail idola saya. Sejak daripada remaja lagi saya sering mendengar ceramah mereka di kaset dan menghadapi ceramah perdana mereka yang pastinya dihadiri ribuan orang.
“Mengenali dua figura ini, mereka memiliki keperibadian hampir sama iaitu akhlak mereka sangat terpuji. Kedua-dua tokoh ini tidak suka bercakap perkara yang tidak berfaedah dan tutur katanya sangat lemah lembut dan berseni.
“Berseni ini maksud saya berkias dalam menyampaikan mesej. Dalam jenaka, dalam gurauan dan senda mereka tatkala menyampaikan ilmu ada mesej yang ingin disampaikan. Itulah dua tokoh murabbi ummah, kita kehilangan seorang lagi (allahy4rh4m Datuk Ismail Kamus),” katanya dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, sudah ditakdirkan oleh Allah SWT kedua-dua tokoh berkenaan turut dijemput-Nya pada hari baik iaitu Jumaat yang juga penghulu segala hari.
“arw4h Datuk Ismail pernah merawat saya tatkala saya mengalami peny4kit misteri.
“Ketika kr1sis pusat tahfiz saya beberapa tahun lalu sehingga saya ingin menjualnya, arw4h (Datuk Ismail Kamus) menghubungi saya dan menasihati supaya saya bersabar dan pasti Allah SWT akan memudahkan jalan,” katanya.
Mengimbau kenangan bersama allahy4rh4m Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Mohd Kazim berkata, beliau pernah diminta oleh arw4h menggantikannya untuk membacakan doa sedangkan ketika itu dia hanya penceramah biasa berbanding allahy4rh4m yang sangat disegani.
“Ketika itu sekitar lewat 90-an, saya bersama arw4h di satu majlis ceramah, tidak semena-mena beliau panggil saya…beliau buat pengumuman lebih kurang begini kata-katanya, ‘saya minta Ustaz Kazim ganti bacakan doa untuk saya…’. Saya kelu, terpaku dan terkejut.
“Peristiwa lain tidak dapat dilupakan sebelum arw4h berangkat ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan jantung, arw4h tanya keadaan jantung saya dan arw4h meletakkan tangan di dada saya sambil berdoa. Sehingga ke hari ini saya akan menitiskan air mata tatkala mengenangkan kembali begitu hebat keperibadian dua tokoh murabbi ini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro