BERSESUAIAN dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19 ketika ini, seorang pereka fesyen tampil menghasilkan topeng muka sebagai aksesori tambahan yang disifatkan sebagai mesti dimiliki sebagai pelengkap gaya menjelang 1 Syawal nanti.
Pereka fesyen, Kel Wen Tan, 24, memberitahu koleksi baju Melayu dilengkapi topeng muka yang sepadan bukan sahaja untuk faktor keselamatan tetapi bertujuan untuk membuat pernyataan fesyen.
Tidak hanya mementingkan elemen semasa dalam rekaannya, Kel memberitahu dia tetap menitikberatkan teknik jahitan pada baju Melayu iaitu kekek, pesak dan cekak musang.
“Satu-satunya perbezaan pada rekaan ini adalah ia dihasilkan lebih besar daripada ukuran badan dan paling penting ia mudah digayakan dengan seluar pelbagai variasi.
Rekaan baju Melayu bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita yang lengkap dengan topeng muka sedondon.
“Memandangkan ketika ini kita sedang berhadapan dengan pandemik c0v1d-19, saya memperkenalkan topeng kain yang padan dengan ‘baju oversize’ dan memakai seluar berlainan warna,” katanya.
Kel memberitahu, rekaan ‘baju oversize’ yang viral di media sosial tahun lalu turut memberi inspirasi kepadanya untuk tampil dengan sweater dengan potongan sama.
“Bekerja dalam industri fesyen, saya banyak diundang ke rumah terbuka, di mana saya lebih suka tidak muncul dengan baju Melayu tradisional kerana secara peribadi saya merasakan ia seperti kostum.
“Menerusi kajian yang saya buat, saya mendapati bahawa baju Melayu bukan hanya dipakai pada hari raya sahaja,” ujarnya.
Atas sebab itu, Kel mengambil inisiatif untuk memasukkan elemen moden ke dalam rekaan tradisional itu.
Antara rekaan lain bersempena hari raya.
Sementara itu, pereka fesyen itu mengakui penjualan baju Melayu rekaannya agak perlahan ketika ini memandangkan penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Bagaimanapun, trend pembelian kembali meningkat sejak Ramadan kerana ramai mula bersemangat menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.
Dalam perkembangan sama, Kel memberitahu akan mengadakan aktiviti amal bagi mengumpul pakaian tradisional untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim dan gelandangan.
Usaha ini katanya, untuk mengingatkan kita semua tentang erti sebenar perayaan itu selain bersyukur dengan apa yang kita ada dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain.
“Tradisi perlu diteruskan kerana inilah yang menjadikan kita rakyat Malaysia dan kita harus menunjukkan semangat saling membantu.
“Sekiranya anda mempunyai pakaian raya yang sudah tidak dipakai dan dalam keadaan baik, sumbangkanlah untuk kegembiraan orang lain,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar