“Walaupun Tanpa Kasih Sayang Dan Kiriman Nafkah Daripada Seorang Bapa, Mama Berjaya Besarkan Kami” – Fasha Sandha

Pengorb4nan seorang insan yang bergelar ibu amat sukar untuk dibalas, apatah lagi bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak.

Itulah yang yang dikongsikan oleh pelakon jelita Fasha Sandha tentang ibunya, Hatijah Teh Man atau lebih mesra dipanggil Mama Sandha.

“Ibu saya, Mama Sandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik di atas penat lelah bekerja siang dan malam. I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.

“Kehidupan kami tidak senang, ke sana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar,” tulis Fasha tentang ibunya.

Tambah Fasha, apabila teringatkan ibunya, pasti dia akan terkenang saat ibunya mengayuh basikal menghantar mereka ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja dan memasak di pagi hari sebelum keluar.

“Walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum. Hari Sabtu jalan-jalan dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap.

“Syukur Alhamdulillah, kami selalu bersyukur. Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari-hari selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah.

“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan, keselesaan dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah,” coret Fasha lagi.

Fasha mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mama yang tersayang dan mendoakan semoga diberi kesihatan yang baik dan semoga bahagia dunia dan akhirat.

“Ya, Hari-hari adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei, Ahad) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia.

“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini. Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada,” tulis Fasha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ibu saya, @mamasandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik2 diatas penat lelah bekerja siang dan malam . I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal. Kehidupan kami tidak senang, kesana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa , mama berjaya membesarkan kami sehingga besar ❤️ Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi2 sebelum keluar(walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum. Hari Sabtu jalan2 dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap 😃😢. . Syukur Alhamdulillah kami selalu bersyukur, Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari2 selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah. Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan , keselesaan Dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah . Selamat hari ibu buat mama ku , semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat, Ya , Hari2 adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei , AHAD) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia. Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini. Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada ✨ ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha Sandha yang berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada tahun 2019 kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka berdua.

Melalui perkahwinan Fasha sebelum ini bersama Toh Muda Rizal Ashram, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak