Dua bot Rohingya tunggu ‘line clear’ cerob0h masuk Malaysia

PASUKAN p0lis Marin (PPM) menerima maklumat ada dua bot dinaiki etnik Rohingya kini berada di kawasan perairan negara jiran dan menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.

Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, selepas insiden cubaan 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.

Menurutnya, buat masa ini, mereka tidak berani masuk ke Malaysia selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.

“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran.

“Namun disebabkan kawalan ketat ini dengan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh,” katanya.

Terdahulu pada 16 April, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mematahkan cubaan kira-kira 200 PATI etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.

TUDM dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, bot dinaiki PATI itu dik3san pesawat TUDM di kedudukan 70 batu nautika iaitu 129.6 kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi.

“Pesawat TUDM seterusnya menghubungi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Lekiu dan KD Lekir yang terus digerakkan ke lokasi itu.

“Kedua-dua kapal itu kemudian berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM bagi mengekang pergerakan bot PATI itu,” katanya.

Menurutnya, atas dasar kemanusiaan anak kapal KD Lekiu mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan warga asing berkenaan sebelum mengiringi bot berkenaan keluar dari memasuki perairan negara.

“Dengan keadaan penempatan serta kehidupan yang daif di tempat asal mereka, adalah sangat dibimbangi kumpulan PATI yang cuba memasuki Malaysia sama ada melalui jalan darat atau laut akan membawa kluster baharu cov1d-19.

“Operasi pengawasan maritim udara ini akan terus dipergiatkan tambahan di dalam krisis dunia yang dilanda pandemik cov1d-19 yang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kumpulan PATI,” katanya.

 

Sementara itu, sebagai menghargai jasa mereka menghalang kemasukan PATI ke negara ini, juruterbang TUDM yang berjaya mengesan bot tersebut dinaikkan pangkat bersama lima pegawai kanan yang lain.

Menurut Portal Rasmi TUDM, Mejar Faizul Hussien Ismail dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron (Skn).

Difahamkan, Faizul telah menerajui skuadron tersebut sejak Januari lalu setelah mengambil alih tugas daripada Leftenan Kolonel Azril Omree Hasbullah.

Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Markas Tentera Udara Kuala Lumpur.

Lima lagi pegawai kanan TUDM turut dinaikkan ke pangkat sama.

Mereka ialah Mejar Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad sebagai Ketua Skn Charlie Cawangan Pengurusan Operasi Udara, JBPM; Mejar Muhammad Halid Abdul Hamid (PS 1 Komunikasi Markas Nukleus Operasi Bersama, ESSCOM) dan Mejar Balasubramaniam Maruthamothoo (Ketua Cawang Tadbir PU Sendayan).

Dua pegawai lain ialah Mej Yusnizam Mohamad Jalil (Ketua Cawang Tadbir KTU) dan Mejar Roslan Al Mustaffa (Ketua Cawang Operasi KTU).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese