Tidak sampai seminggu lalu, pelakon jelita Ezzaty Abdullah cuba memasak mee udang kerana terlalu teringin menikm4tinya.
Masakan mee udangnya itu mendapat pujian daripada suami, malah apabila turut diberikan kepada jiran-jiran, turut mendapat pujian yang sama.
Kini mee udang tersebut menjadi salah satu sumber pendapatan buat Ezzaty Abdullah apabila mula mendapat permintaan daripada ramai.
“Kaklong ada ni tengah buat delivery Mee Udang kaklong. Penat jugak actually, saya reply dm, saya masak, saya pack, saya jugak yang hantar.
“Sebab tu saya ikut area dan order sangat terhad. Maaf pada yang tak sempat order dan saya tak reply dm tu. kalau saya tak reply tu maknanya penuh la ye,” tulis Ezzaty.
Tambah Ezzaty, buat masa sekarang dia hanya mampu untuk membuat 50 pek mee udang sahaja kerana bimbang tidak sempat untuk membuat penghantaran.
“Seronok jumpa customer kita. Hilang penat masak dari pagi tu. Mereka gembira nampak saya. Saya lagi happy! Tapi tu lah. Kadang-kadang tak sempat berbuka. Dapat minum air je.
“Sampai rumah baru dapat makan. Lepas tu kena kemas dapur pulak, basuh baju, sediakan bahan untuk esok pulak. Sampailah 2-3 pagi. Esok bangun sahur pastu sambung masak dan seterusnya,” tulis Ezzaty lagi.
Tambah Ezzaty lagi, biarpun penat namun dia bersyukur kerana pelanggan-pelanggan mee udangnya itu memahami keadaan dirinya.
“Syukur dengan suami yang sangat membantu walaupun kadang-kadang terpaksa solat hujung-hujung waktu sebab siapkan order dulu.
“Terima kasih banyak-banyak yang sentiasa support Mee Udang saya. Yg repeat order sanggup amik sendiri kat rumah saya, TQ so much! Ada yang nak jadi rider mee udang kaklong tak? Boleh tambah order lagi nt n cover byk area,” tanya Ezzaty ingin menambah jualannya.
Ezzaty berkahwin dengan Azwan Kombos yang juga merupakan seorang pelakon dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Harum Dahlia.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :