“Dahlah Cantik, Baik Hati Lagi” – Maya Karin Sedekah Burger Kepada Anggota Polis Jaga Roadblock!

Aktres jelita Maya Karin bermurah hati memberikan makanan berupa burger kepada barisan anggota p0lis yang bertugas di sekatan jalan raya minggu lalu. 

Menerusi laman sosial Instagram, Maya berkongsi beberapa keping foto pemberian tersebut untuk tatapan umum.

“Penghantaran burger kali kedua untuk petugas barisan hadapan minggu lepas ketika sekatan jalan raya. 40 biji burger untuk makan tengah malam,” tulis Maya sebagai kapsyen. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Second burger delivery for front liners last week masa road block. 40 burgers for supper.. and thanks to @mr_hellmi for taking the pictures. Minggu ni untuk OKU, warga emas dan anak yatim atas nama sponsor yang dah ingin sedekah.. Swipe #mayagrills #wesharewecare #burgerbakarmayakarin

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

Bukan sahaja kepada frontliners, malah pemberian burger ini turut disalurkan kepada golongan istimewa. 

“Minggu ni untuk orang kelainan upaya, warga emas dan anak-anak yatim atas nama tajaan yang dah ingin sedekah,” tulis Maya lagi. 

Difahamkan Maya kini membuka sebuah gerai bagi menjual burger bakarnya yang dikenali sebagai Burger Bakar Dara.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang menyokong dan memuji tindakan pelakon filem Ombak Rindu itu.

“Alhamdulillah, dah la cantik, baik hati lagi,” komen seorang wargamaya.

“Artis kelas A yang sangat baik. Semoga Tuhan merahm4timu,” puji seorang wargamaya.

“Terima kasih menjadi seorang insan yang berhati mulia,” ujar seorang wargamaya.

“I suka you, sempoi je. Nampak sangat Maya seorang yang merendah diri,” tulis seorang wargamaya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak