“Saya Tak Faham Tapi Jujur Benar-Benar Menyentuh…”- Peminat Mahu Pelvk Islam Kerana Alunan Selawat Zizi Kirana

Seorang peminat Kristian akui tertarik dengan dendangan selawat oleh penyanyi Zizi Kirana sekaligus membuatkannya ingin memeluk agama Islam.

Menurut peminat bukan Islam itu, mesikpun dia tidak memahami maksud di sebalik selawat itu namun ia telah menyentuh hatinya.

“Saya seorang Kristian. Jumpa video ini di Instagram dan terus ke Youtube.

“Bila dengar Zizi menyanyikan lagu ini, saya tak faham tapi jujur benar-benar sangat menyentuh jauh ke dalam hati. Sesuatu yang membuatkan saya terjatuh cinta dengan Islam, ingin memeluk agama Islam.

“Terasa Islam itu indah dan tenang… sampai macam tu sekali kesannya,” komen peminat itu di dalam Youtube.

Zizi berkongsi komen peminat tersebut dalam paparan skrin menerusi Instagram (IG) Story miliknya.

Sementara itu, Zizi pula memberitahu Harian Metro dia bersyukur dan gembira membaca komen itu.

“Ketika membaca komen itu, terus saya ucapkan Alhamdulillah dan Allahuakbar. Tak pernah saya terima komen sebegini dan sejujurnya, hati saya sangat tersentuh.

“Betapa besarnya kuasa Allah, siapa sangka lagu selawat yang saya sendiri rakamkan dengan hanya menggunakan telefon pintar dapat menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar,”katanya.

Zizi kini tampil dengan penampilan berhijab demi menghorm4ti bulan Ramadan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak