Pelakon Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir men1ngg4lkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 47, sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni, dia melihat industri filem dan drama dipenuhi dengan d0sa dan hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.
” Saya nak kongsi satu perkara atas pengalaman dalam bidang ini lebih 20 tahun sebagai anak seni…
” Untuk adik-adik, sahabat yang berada dalam industri filem, drama tanah air terutamanya belakang tabir iaitu kru teknikal dan kru produksi.
” Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita dapat banyak mana pun rasa tak cukup.
” Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.
” Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya r4suah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk n4fsu mereka,” katanya.
Pelakon drama Salam Terakhir ini berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.
Orang atas fikir keuntungan peribadi saja
Sementara itu, Zul berkata penat lelah dan pengorb4nan pekerja belakang tabir seakan tidak dihargai pihak produksi yang hanya memikirkan keuntungan.
” Ini yang kita nampak depan mata pernah berlaku… nasib kru-kru semua kita tahu mereka bekerja susah payah keluar pagi balik pagi, kerja tak ikut tempat, makan merata-rata, pengorb4nan dan usaha mereka tapi pihak atasan tak nampak pengorb4nan itu.
” Apa yang mereka nampak keuntungan peribadi… ini yang berlaku penerbit, pengarah, stesen televisyen tak ambik berat soal keberkatan, malah yang ditayang tak beri keberkatan apatah lagi yang diusahakan.
” Yang mana sahabat-sahabat bidang production dan teknikal inilah masa ambillah peluang ini. Allah hadirkan ujian Cov1id-19 ini untuk kita berfikir peluang ini dan ubah cara hidup kita, undur diri,” ujarnya.
Zul Yahya tinggalkan dunia hiburan untuk mencari keredaan Allah.
Melihat nasib segelintir anak seni yang terpinggir di hujung kehidupan mereka, Zul berkata dia turut bersed1h mengenangkan pengorbanan yang tidak dihargai itu.
Penghujung hidup tiada apa-apa..EPF pun takde
” Ramai sahabat-sahabat saya dulu penghujung kehidupan mereka tak ada apa-apa…
” Dah la EPF (simpanan pekerja) tiada, insuran pun kadang hidup kadang tak hidup, kejayaan tak ada… yang ada segelintir sahaja, kejayaan dunia manakala akhir4t belum lagi.
” Jom kita undur diri cari rezeki yang lebih berkat, keberkatan Allah ini kita kena cari, biar sikit tapi cukup, banyak sumber rezeki lain, rezeki sangat luas.
” Jangan taruh diri kita kepada industri, industri kita fail… kita kena ubah, nak industri bagus… kita kena ubah!
” Saya bercakap berdasarkan pengalaman, itu satu sebab saya undur diri.
” Selagi belum ada corak baik selagi itu keberkatan tak ada… sayang, sed1h tapi banyak jalan kita boleh usahakan, tinggalkan industri ini… kita penat saja tak ada siapa hargai!,” katanya
Ustaz Akhil Hayy Pun turut komen isu ini
MasyaaAllah… Tahniah Syeikh! Sebuah pernyataan yang amat tepat! NAMUN tiada siapa di kalangan Kita ini, yang sanggup dan berani melontarkannya… Lontar kerana sayang… Alhamdulillah… At least, Kita ada jawapannya di sana nanti….
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://citermaya.pw/