”Bilal Seb4k Laung Azan Tanpa Jemaah” – H1ba Bila Masjid Tiada Jemaah…

PERASAAN sayu bercampur seb4k hadir di hati bilal masjid apabila laungan azannya tidak dapat menarik kehadiran jemaah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Ini diakui Muhamad Abd Rahman, 41, yang bertugas di Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau, Kuantan apabila merasa kekok selepas laungan azannya sejak bulan lalu seolah-olah tidak dihiraukan.

Menurutnya, pada peringkat awal dia seperti tidak percaya apabila masjid ditutup dengan semua aktiviti termasuk solat berjemaah.

Katanya, PKP adalah kali pertama dalam sejarah negara apabila azan boleh dilaungkan, tetapi jemaah tidak dibenarkan datang ke masjid untuk menunaikan solat.

“Kebiasaannya sebelum saya melaungkan azan, masjid sudah penuh kerana jemaah terus menunaikan solat sebaik sahaja saya selesai azan, namun situasi berbeza sejak PKP.

“Sejak 18 Mac lalu, Allah uji kita dengan ujian tidak pernah dibayangkan sebelum ini, perasaan sayu muncul apabila selesai azan dan bila toleh ke belakang, tiada jemaah bersama saya untuk solat,” katanya yang lebih 12 tahun bertugas sebagai bilal.

Beliau berkata, pernah sebelum ini selepas azan dia menangis kerana ins4f sambil memikirkan ujian berat diberikan Allah.

Katanya, sebelum ini semua masjid meriah setiap kali Ramadan, namun berbeza tahun ini, aktiviti solat sunat terawih tidak dapat dilakukan selepas mendapat arahan pihak berkuasa.

“Walaupun kebenaran menunaikan solat Jumaat di Pahang diberikan pada hari ini, ia hanya membabitkan tiga masjid sahaja dan jemaah pula beberapa individu sahaja.

“Saya yakin ramai ingin datang ke masjid untuk mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah selain solat Jumaat dan terawih, namun dalam keadaan sekarang semua pihak perlu faham bahayanya v1rus c0v1d-19.

“Justeru arahan kerajaan semua ibadah perlu dilakukan di rumah perlu dipatuhi, jangan kita mengundang tindakan undang-undang, sebaliknya perlu bersabar dan berdoa supaya Allah segera pulihkan negara ini daripada ancaman w4b4k c0v1d-19,” kata bapa kepada enam cahaya mata itu.

H1ba tiada jemaah

MASJID Nurul Iman, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor tidak pernah sunyi daripada dipenuhi jemaah setiap kali tiba waktu solat lima waktu.

Kebiasaannya, setiap kali waktu solat, ada lebih 200 jemaah mengimarahkan masjid.

Bagaimanapun, kini ia berbeza, malah imam masjid turut menangis kerana h1ba.

Bilal Masjid Nurul Iman Mohd Kholim Selamat, 57, berkata, sebelum ini masjid sentiasa dipenuhi jemaah setiap kali solat Jumaat.

“Setiap kali solat Jumaat, masjid dipenuhi kira-kira 3,000 jemaah namun kini hanya kami bertiga saja yang ada, bahkan kini diganti dengan solat Zuhur.

“Malah, lebih sebak, ada- kalanya menitiskan air mata azan yang saya laungkan hanya disambut oleh imam dan noja. Tidak sebelum ini yang mana suara sambutan laungan azan cukup kuat didengari,” katanya.

Antara perkara paling menyentuh perasaan ialah apabila tiba waktu solat sunat Tarawih kerana kebiasaannya hampir 1,000 penduduk di taman perumahan ini akan memenuhi ruang solat.

Sesekali, ketika solat Tarawih dan Subuh, terdengar seolah-olah ramai makmum yang mengaminkan bacaan al-Fatihah oleh imam walaupun hanya kami bertiga yang ada.

Bagaimanapun, ia mungkin hanya perasaan saya kerana selama 14 tahun menjadi bilal, tidak pernah berlaku hanya tiga orang bersembahyang di masjid yang mendapat pengiktirafan empat bintang ini.

Masjid Nurul Iman adalah antara masjid terbaik di Johor kerana jumlah kehadiran jemaahnya yang tidak kurang daripada 200 orang pada setiap waktu solat.

“Saya juga tidak dapat bayangkan perasaan sekiranya solat sunat Aidilfitri kali ini juga hanya membabitkan kami bertiga sedangkan pada tahun-tahun sebelum ini, jemaah melimpah ruah, malah pengurusan masjid memasang khemah tambahan untuk solat.

“Bagaimanapun, walau di mana pun kita bersembahyang ketika ini, sama-samalah kita berdoa agar penularan Covid-19 segera berakhir seterusnya ramai yang dapat mengimarahkan lagi rumah Allah SWT ini,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro