Kerajaan Tidak Bercadang Memberi Kelonggaran Kepada Individu Bujang Merentas Negeri

KERAJAAN tidak bercadang memberi kelonggaran kepada individu bujang merentas negeri bertemu ahli keluarga di kampung halaman buat masa ini.

Jalan di tol utama dilakukan sekatan semula bagi menghalang pihak tidak bertangungjawab melakukan perjalanan rentas negeri.

Kebenaran merentas negeri ketika ini hanya melibatkan pasangan suami isteri yang bekerja berjauhan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tiada pengecualian golongan itu masih tertakluk di bawah operasi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika ini.

“Kita benarkan keluarga terpisah itu berdasarkan kemanusiaan, kita faham anak hampir dua bulan tidak jumpa ibu atau bapa akibat peraturan kita untuk tidak benarkan rentas negeri.

“Sabar sikit, kalau ada kelonggaran kita bagi (rentas negeri) tapi setakat hari ini tidak ada lagi kelonggaran untuk individu bujang,” katanya.Ismail berkata, jalan di tol utama juga dilakukan sekatan semula bagi menghalang pihak tidak bertangungjawab melakukan perjalanan rentas negeri.

“Mana-mana pihak yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran polis akan diambil tindakan.“Pihak polis boleh mengenakan kompaun termasuk berdepan tindakan mahkamah,” katanya mengulas terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan melakukan perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung.

“Jadi rentas negeri ini masih diteruskan, selagi tiada pengecualian kepada sesiapa maka mereka masih tertakluk kepada peraturan yang tidak di benarkan rentas negeri walaupun orang bujang.

“Saya tahu ramai orang bujang beritahu dia pun rindu dekat mak dia sabar sikit…sabar dulu.

“InsyaAllah kalau sampai masanya ada kelonggaran kita longgarlah tetapi setakat hari ini tiada kelonggaran lagi jadi mereka mestilah patuh kepada peraturan sedang dilaksanakan hari ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan individu bujang merentas negeri seperti mana kebenaran diberikan kepada suami isteri yang tinggal berjauhan.

Sementara itu, mengulas dakwaan warganet yang berkongsi pengalaman tidak ditahan pihak berkuasa semasa merentas negeri, Ismail Sabri mengingatkan rakyat yang tiada pengecualian dan kebenaran merentas negeri perlu kekal mematuhi peraturan.

“Yang dibenar hanya empat hari melalui aplikasi Gerak Malaysia selepas itu balik kepada normal tidak boleh (rentas negeri) kecuali dengan kebenaran p0lis.

“Maknanya, mereka yang tiada kebenaran boleh diambil tindakan dan dihukvm di bawah 342 atau dikompaun atau didakwa di mahkamah.

“(Kalau ada) yang curi-curi itu saya tidak tahu kadang mungkin provokasi saja tetapi kalau betul ambil gambar mereka untuk kita ambil tindakan,” katanya

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro