Kongsi kesusahan diri tapi kekayaan mak pula disebut netizen, ini balas Aliff Syukri

Siapa saja yang tidak kenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ daripada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dimana dari situ dirinya menjadi fenomena yang sering meniti di bibir masyarakat.

Malah, kejayaan jutawan muda berkenaan turut menjadi inspirasi buat orang ramai kerana dirinya yang berjaya dengan bermula daripada bawah selain membuatkan ramai turut terpegun melihat hasil daripada kesusahannya itu yang kini berubah.

Terbaru, Datuk Aliff Syukri menerusi Instagram peribadinya menulis kapsyen panjang dengan berkongsi serba sedikit pengalaman hidup susahnya yang turut mengajar dia erti menghargai.

Melalui kapsyen disamping berkongsikan sekeping foto yang memaparkan rumah mewahnya dengan memberitahu bahawa ia merupakan satu impian dan mimpi yang diinginkan sejak berusia 10 tahun.

“Secara jujurnya ini adalah suatu impian dan mimpi yang inginkan ketika umur saya 10 tahun lagi. Dulu saya duduk di rumah flat di seksyen 20 Shah Alam, blok 19.

“No rumah saya 206 satu block orang lama pasti ingat saya yang nakal dan orang yang suka berangan jerit2 menyangi suatu ketika dulu…”

Aliff Syukri kongsi impiannya mahu keluar dari kepompong kemiskinan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengalaman hidup susah mengajar saya erti menghargai❤️ . . Secara jujurnya ini adalah suatu impian dan mimpi yang inginkan ketika umur saya 10 tahun lagi….Dulu saya duduk di rumah flat di seksyen 20 shah alam, blok 19. No rumah saya 206 satu block org lama pasti ingat sy yg nakal😂 dan yg suka berangan jerit2 menyangi suatu ketika dulu….impian saya besar nak keluar dari kepompong kemiskinan… . . Dulu saya rasa malu sangat nak tolong arwah abah saya jual nasi lemak di tepi jalan sebab tu saya rasa ramai org shah alam kenal sy 😂sbb sy anak penjual nasi lemak tepi jalan depan flat sek20..Saya adalah anak kepada Kamarulzaman dan Pengawal Keselamatan pagi2 sy buat part time jua nasi lemak..di hadapan rumah flat saya…bilankawan sekolah saya nak beli nasi lemak saya akan bertukar jadi pembeli sbb sy malu😢…tapi bila difikirkan kembali buruknya sikap saya sebab pengalaman itu adalah universiti saya dan pengalaman tu saya x boleh dapat di tempat lain…. . . . Tidak sy sangka dan tidak sy duga impian menjadi nyata dr duduk flat 2bilik.. akhirnya rumah impian saya yang saya lukiskan sendiri yang saya reka sendiri selama 4tahun siap.. menjadi kenyataan sebab saya seorang yang cerewet saya tak suka beli rumah yang di sediakan oleh syarikat perumahan di mana rekaannya hampir menrupai rekaan dengan orang lain.. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya dilimpahkan rezeki walaupun tidak berpelajaran tinggi. Saya yakin rezeki yang ada pada hari ini bukan milik saya seorang. Tetapi rezeki daripada doa mak ayah saya dan keluarga saya yang ada pada hari ini. Terutamanya mak saya dan juga isteri saya. Doakan kehidupan saya berjaya dunia akhirat. AMIN YA RAB… i love u my love @shahidadherbs dan my mak @bondarozitaibrahim

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Berkongsikan kisah berkenaan membuatkan usahawan ini menjadi inspirasi buat orang ramai.

Kejayaan jadi inspirasi

Namun begitu, tidak disangka-sangka pula kekayaan maknya menjadi sebutan menerusi posting berkenaan dimana seperti semua ketahui bahawa dia merupakan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Pun begitu, Datuk Aliff Syukri tidak cepat melatah namun memberitahu bahawa dia tidak pernah menggunakan duit maknya setelah maknya itu bercerai dengan bapanya dan dirinya juga tinggal dengan bapanya ketika itu.

“Saya berniaga tidak pernah guna duit ibu saya…”

“Dato Aliff memang anak bonda jutawan… tapi sebelum…”

 

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL