“Minta Duit Kat Abah Lepastu Belikan Pen Sebagai Hadiah Hari Guru Dia” – Zulin Aziz Kena Tegur Tak Panggil Abahnya ‘Cikgu’ Dalam Kelas

Sempena sambutan Hari Guru, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengimbau kenangannya bersama arw4h bapanya, Abd. Aziz Jaafar yang merupakan gurunya sendiri ketika di sekolah.

Menurut Zulin, dia diajar oleh bapanya sendiri ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Murni, Selayang, Selangor.

“arw4h abah mengajar saya dari darjah 1 sampai darjah 4. Abah pernah mengajar beberapa subjek antaranya Bahasa Melayu dan muzik.

“Kalau waktu kelas dengan Abah sahaja, saya akan pergi duduk di depan meja cikgu. Saya tetap panggil ‘abah’ di sekolah walaupun ditegur suruh panggil ‘cikgu’,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Zulin lagi, arw4h abahnya juga seorang guru yang disenangi murid-murid di sekolah.

“Kawan-kawan memang suka kalau kelas dengan abah saya. Diorang kata tak bosan, tak stres. Abah saya bukan jenis garang.

“Macam mana karakter saya ini, begitulah arw4h abah. Bayangkan kalau kerja sekolah tu, kadang-kadang abah yang buatkan di rumah walaupun dia yang beri di sekolah,” cerita Zulin.

Sementara itu, Zulin turut berkongsi sekeping foto arw4h bapanya di Instagram sebagai dedikasi sempena hari guru yang diraikan setiap 16 Mei.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy teacher’s day Abah❤️ . Masa sekolah,org lain bg salam “Assalammualaikum cikgu”, zulin sorang2 bangun ..Assalammualaikum Abah”. . Balik rumah abah tegur,kakak kat sekolah kene panggil abah cikgu…sama mcm orang lain. Makan kat kantin dengan murid lain.Ni tak… ikut masuk kantin cikgu. . slalu dapat makan free ..makcik kantin belanja sebab aku anak cikgu favourite dia..kihkih Abah ni cikgu tak reti nak marah,dengan anak murid dok main teta teki ,buat lawak dia…patut jadi kesayangan. Hari guru ,aku2 pun dapat hadiah😆. . Kerja sekolah dia yg bagi ,dia yg buatkan haha…anak abah mana boleh tegur😝.Arghhhhhhhhh rindunyaaa! . Psst… Abah cikgu yg kawen dengan anak murid dia sendiri yaaa… mama pun kemainnn ngorat cikgu….Ernm tak mengorat,tak dapatlah aku😝. . Dia bukan saja cikgu kat sekolah,dia juga cikgu yg mengajar aku erti kehidupan ,mendidik aku sejak lahir.I miss you so much abah.🥰 . Al-fatihah Cikgu Abd Aziz Jaafar Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman🤲🏻 . Selamat hari guru juga buat semua cikgu2 Terima kasih kerana mendidik kami❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Cerita Zulin lagi, apa yang mencuit hati, dia pernah membelikan bapanya hadiah hari guru menggunakan duit daripadanya ayahnya sendiri.

“Saya pernah belikan arw4h abah pen sempena sambutan hari guru. Lucunya, saya beli minta duit dia, lepas tu berikan kepadanya. Katanya, macam ‘aku beli sendiri’,” selor0hnya.

Menerusi instagramnya, dia turut mengucapkan selamat hari guru kepada abangya yang mengajar music dia Aswara.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak