FOTO bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin sedang memegang stereng sebuah kereta mewah yang dimuat naik di Instagram mengundang kec4m4n netizen.
Menerusi salah satu komen, seorang netizen berharap Erin bertaub4t dan tidak mengulangi kes sebelum ini iaitu dakwaan menyembunyikan sebuah kereta Perodua Kenari serta meni1pu dalam perniagaan.
“Buat kerja dengan jujur, tak mau ti1pu-ti1pu, jangan sorok kereta orang… jangan t1ipu bisnes, InsyaAllah Allah terima taub4t hamba yang insaf,” tulis individu berkenaan.
Erin membalas salah satu komen di Instagramnya.
Biarpun menerima komen yang seakan-akan menyi1ndir, Erin atau nama sebenarnya Noorainu Naqim Mohd Radzi hanya membalas secara positif.
“Saya sebenarnya kasihan dengan geng-geng yang try hard nak fitn4h saya teruk-teruk sanga. Tapi saya suka dengan orang-orang yang ada semangat try hard macam ini.
“Kalau awak guna cara baik, sikap awak ini pasti buatkan awak akan berjaya jadi manusia yang terbaik dunia akhir4t untuk semua orang.
“Apa-apa pun selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya,” balas Erin menerusi ruang komen tersebut.
Saya boleh saja tunjuk semua perancangan hebat nak membuktikan saya perempuan tak elok di media.
DR ERIN
BEKAS ISTERI DA’I FARHAN
Rata-rata netizen lain turut menyer4ng individu tersebut yang seakan-akan sengaja ingin mencetvskan perbal4han di ruang komen foto Erin itu.
Sekitar November tahun lalu, Erin didakwa ‘mel4rikan’ dan menyembunyikan sebuah kereta Perodua Kenari yang dibeli daripada seorang pemuda pada 2011 dengan cara menukar nombor plat pendaftaran.
Bagaimanapun, Erin tampil menegaskan tidak sepatutnya timbul d4kwaan dia mencuri kereta tersebut memandangkan ia diletakkan secara terang-terangan di hadapan kedainya.
Pada 4 Mac lalu, Erin sekali lagi did4kwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tudvhan meni1pu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal namun tertuduh mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan.
Erin pernah didakwa atas tudvhan meni1pu seorang pelanggan berhubung sijil halal.
Dalam pada itu, individu yang meningg4lkan komen tersebut tampil menjelaskan kenyataannya itu berdasarkan apa yang dilalui wanita tersebut seperti yang dihebohkan di media sosial.
Erin bagaimanapun menasihati individu tersebut supaya menghantar mesej secara peribadi kepadanya sekiranya ingin mengetahui perkara sebenar.
“Ha… itulah awak percaya bulat-bulat fitn4h media sosial. Hakikat sebenarnya bukan macam itu. Tak salah awak DM saya tanya dan dengar daripada mulut saya sendiri.
“Saya boleh saja tunjuk semua perancangan hebat nak membuktikan saya perempuan tak elok di media. Saya tak boleh buka aib orang di media. Saya lebih memilih awak DM saya.
“Saya bukan jenis sombong tak layan DM orang. Haters pun saya layan saja kalau DM saya. Kalau terikut dengan media habis rosak bangsa, agama, masyarakat dan negara,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar