Dr M Dedah PN boleh tumbang dgn mudah jika perkara ini didedahkan

Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Rakyat, dan beberapa anggota Parlimen mungkin mengubah sokongan jika pembangkang dapat mended4hkan salah laku gabungan itu.

Bercakap dalam sidang media khas hari ini, beliau yang juga pengerusi Bersatu berkata bahawa inilah antara sebab mengapa pihaknya mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.

“Soal majoriti bukanlah sesuatu yang tidak akan berubah. Ini pertama kalinya kita mempunyai kerajaan yang hanya mempunyai majoriti yang sangat tipis.

“Sekiranya dua atau tiga daripada mereka beralih dari satu parti ke parti lain, dari kerajaan ke pembangkang, maka kerajaan ini akan jatuh. Ia tidak seperti sebelumnya, di mana kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga. Sekarang hanya sebilangan kecil.

“Jadi, kami percaya bahawa jika kami dapat mended4hkan salah laku kerajaan, akal budi akan menang (prevail) dan akan ada beberapa daripada pihak kerajaan yang akan menyokong usul itu,” katanya lagi di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Sidang media itu diadakan selepas sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hanya sehari, hari ini.

Anwar, tidak hadir pada sidang media PH dengan Dr M, Warisan

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusnya, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan.

Malah, tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hadir bagi pihak PH sementara Warisan siwakili oleh presidennya, Shafie Apdal.

Mahathir mengetuai sidang media itu. Kerusi di sebelahnya, yang dipercayai diperuntukkan untuk wakil PKR, diisi oleh Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Sidang media itu bertujuan mengulas mengenai sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

Beberapa ahli parlimen, dengan pakaian rasmi, juga hadir di auditorium tempat sidang media itu diadakan.

Tetapi yang jelas, tidak ada seorang pun ahli parlimen PKR yang hadir.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/