Sentiasa Dides4k, Janna Nick Luah Rasa Kecewa

PELAKON Janna Nick meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir peniaga atas talian yang mendesaknya memuat naik ulasan barangan yang telah diberi di laman Instagram.

Menurut Janna, dia menerima pelbagai barangan serta makanan daripada pengikut dan ulasan atau review yang dibuat di laman tersebut adalah atas budi bicaranya tanpa sebarang bayaran.

“Saya terima banyak makanan dan saya okay awak nak bagi terima dengan hati terbuka takkan nak tolak kan… tapi bila ada yang tanya bila nak post kita punya, bila nak buat video kami?

“Pertamanya saya buat ni percuma memang tak caj, ikhlas tapi bila dah jadi macam ni, seperti komitmen kerja pula nak kena post. Kalau anda buat bisnes online mesej nak bagi makanan, nak bagi saya rasa saya terima tapi tak boleh anggap sebagai komitmen kena post.

“Sebab ada masa saya dapat makanan rasa dia kurang sedap, jujur cakap tapi takkanlah saya nak buat story dan beritahu tentang benda ini… saya bukan tak support online bisnes tapi you all pun kena ikhlas bagi bukan mengharapkan balasan posting sebagainya, itu lebih ikhlas!

Janna kongsi luahan hatinya di Instastory.

Pengacara program Melodi ini berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Sementara itu, pelakon drama Semerah Cinta Humairah ini memohon maaf jika luahannya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia perlu memuat naik banyak ulasan produk di laman tersebut.

Janna minta maaf jika luahannya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

“Ada yang saya pernah post sebelum ni dan mereka tahu alamat saya terus hantar lagi barang tanpa tanya saya dulu… kemudian tanya bila nak post lagi? Kalau saya pernah post sebelum ini itu bukan bermaksud anda boleh harapkan saya post lagi.

“Sebabnya saya ada banyak yang minta tolong post termasuklah kawan-kawan saya yang terdesak semasa PKP ini, dulu kerja lain dan sekarang mula buat bisnes… saya pun banyak lagi posting untuk kawan-kawan juga!

“Ada makanan diberi sedap tapi saya tak boleh nak buat sekaligus semuanya sebab saya bukan buat Instagram review kan! Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada sesiapa terasa tapi saya kena cakap juga!” ujarnya.

Untuk rekod, Janna Nick memiliki 5.7 juta pengikut di Instagram dan tersenarai dalam 10 selebriti Malaysia memiliki pengikut teramai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar