Jahit baju koyak guna tali, warga emas gembira dapat makanan percuma

Seorang warga emas tersenyum gembira apabila menerima makanan percuma dari seorang sukarelawan, Sabtu lalu.

Menurut sumber, warga emas itu hidup sebatang kara dan serba kekurangan sehingga tidak mampu membeli pakaian baharu buat dirinya.

Malah, pakaian yang dipakainya ketika menerima bantuan tersebut kelihatan sangat uzur dan koyak di sana sini.

Lebih menyedihkan, dia hanya mampu menjahit koyakan tersebut dengan tali rafia sahaja.

Gambar warga emas itu dimuat naik di Facebook sebelum ianya tular dan menerima hampir 6 ribu perkongsian dari netizen.

Rata-rata netizen nyata sebak mengenangkan nasib warga emas itu selain mendoakan agar urusan sehariannya dipermudahkan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese