‘Rela habiskan sisa usia di tempat bu4ng samp4h’

TAWAU: Akibat kesempitan hidup, pasangan warga emas terpaksa tinggal di kawasan tempat pembuangan sampah di Jalan Damai dekat sini, sejak empat tahun lalu.

Lebih menyedihkan, pondok burvk dibina Amil Bala, 70-an, bersama Isterinya Jurrah Abdul Halim, 62, hanya menggunakan kayu dan papan lapis terbuang, selain atap zink yang sudah bocor.

Tidak ada pilihan lain kerana tidak mempunyai punca pendapatan, pasangan itu hanya mengharapkan ihsan dan bantuan orang ramai demi kelangsungan hidup.

Jurrah berkata, pondok itu juga atas ihsan dan kebenaran pemilik tanah tanah selepas mereka terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak lagi mampu membayar sewa.

“Sebelum ini, suami bekerja di ladang kelapa sawit di Lahad Datu pada 2000 namun terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan dan peny4kit asma.

“Sejak itu, kami terpaksa berpindah randah sehinggalah kami sampai di sini pada Jun 2016,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Walaupun terpaksa menempuh situasi sukar, pasangan warga emas yang tidak dikurniakan zuriat itu mengakui selesa tinggal di sebalik rimbunan semak dan pokok pisang di sekeliling pondok yang hanya menunggu masa untuk roboh.

“Jika diberi pilihan, biarlah kami menghabiskan sisa usia di sini kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online