Rahmat Mega tutup tapak niaga makanan

JOHOR BAHRU: Penyanyi, Rahmad Mega terpaksa menutup tapak perniagaan makanan, The Stage Jalan Puchong, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang sudah beroperasi sejak tahun lalu.

Katanya, ramai peniaga terjejas teruk disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

Begitu juga perusahaan penyanyi Bayangan Gurauan itu tidak terkecuali terjejas.

“Tempoh PKP memberikan kesan burvk kepada ramai peniaga. Saya juga sama apabila perniagaan yang dibangunkan, The Stage tidak dapat diteruskan.

“Saya gagal meneruskannya dalam situasi ini, kedai makan saya menggunakan konsep ‘vendor’. Bagaimanapun, ‘vendor’ ragu untuk meneruskan perniagaan mereka.

“Saya mendapat kerjasama pemilik tanah. Bagaimanapun, perbincangan akhir hanya dapat diadakan selepas Aidilfitri ini. Saya juga berjumpa pemilik tanah untuk membuat notis penyataan berkaitan masalah dialami,” katanya ketika ditemui pada program ziarah artis veteran anjuran Team Jariah Banafe, baru-baru ini.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Rahmad berkata, kegiatan seni tidak berjalan, sama seperti penyanyi lain. Namun, dia aktif dalam rangkaian perniagaan.

“Aktiviti seni sepanjang tempoh PKP memang tidak berjalan. Apa yang dapat saya lakukan, berniaga atas talian dan mengukuhkan rangkaian perniagaan saya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online