KUALA LUMPUR: Biskut raya, baju Melayu dan kasut.
Sebut apa saja, semuanya pernah dijual pelakon, Mathni Razak demi mencari pendapatan sampingan sepanjang Ramadan.
Apatah lagi ketika negara berdepan penul4ran c0v1d-19 hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, yang hilang sumber rezeki, tidak duduk diam mencari peluang berniaga.
Kali ini, pelakon drama Nur itu menjual keropok lekor dengan nama Mrs Tastee bersama isteri tersayang.
“Hendak mengharapkan pendapatan daripada kerja lakonan sahaja tidak boleh. Sekurang-kurangnya, saya mesti ada perniagaan yang konsisten.
“Saya tak segan berniaga. Lagipun, rezeki halal buat apa hendak malu.
“Tidak sangka pula bisnes jual keropok lekor bersama isteri dapat sambutan.
“Adik ipar saya pula menguruskan soal promosi dan media sosial jenama Mrs Tastee,” katanya kepada BH Online.
Anak jati Pasir Puteh, Kelantan yang berdarah kacukan Melayu-Arab ini memang penggemar keropok lekor.
“Saya berjaya mendapatkan pembekal keropok lekor enak dari Terengganu. Di sini, sukar hendak mendapat bekalan keropok lekor yang isi ikannya padat.
“Jadi mengapa tidak saya bawa produk itu ke Lembah Klang,” katanya
Mengenai kerjaya seni, Mathni berkongsi penggambaran drama Rudie VS Jolie lakonannya hanya sempat dilakukan lima hari, Mac lalu.
“Penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua itu terpaksa dihentikan berikutan PKP,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online