Melalui sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan hari ini memutuskan tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran C0vid-19.
Menurut Berita Harian, kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun di sekatan jalan raya.
Kerajaan memutuskan pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Justeru, orang ramai tidak perlulah lagi ke balai p0lis untuk mendapatkan surat kebenaran.”
Kita tidak akan bertolak ansur lagi dalam soal rentas negeri ini.”
Malangnya, masih ramai rakyat yang degil dan mencuba nasib untuk merentas negeri pulang ke kampung. Beliau berkata, semalam sahaja sebanyak 2,412 kenderaan cuba merentas negeri dan dinasihatkan p0lis berpatah balik.
Selain itu, lebih 1,300 orang beratur di Ibu Pejabat p0lis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang untuk mohon kebenaran p0lis balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Minat mereka yang ingin balik ke kampung sempena Aidilfitri ini masih tidak berubah walaupun setiap hari kita mengeluarkan nasihat.”
Mereka sanggup beratur di tengah panas dengan alasan untuk mencuba nasib. Jadi lepas ini tidak perlu susah payah beratur di balai p0lis.”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Lobakmerah