HARI kedua sambutan Aidilifitri menjadi detik bersejarah buat warga emas, Yaacob Hassan, 77, dan Saudah Yaacob, 64, apabila selamat diijab kabul, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Imam Tua Masjid Mukim Padang Bongor, Muhammad Nurul Amin Abdul Rahman dengan majlis hanya dihadiri anak dan saudara-mara seramai 20 orang mengikut garis panduan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Yaacob berkata, dia bersyukur kerana majlis itu dipermudahkan selepas menundanya dua kali apabila w4b4k c0v1d-19 melanda negara.
“Saya turut menyerahkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebagai hantaran kepada pengantin perempuan.
“Syukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga dilaksanakan dan kami akan membuat majlis selepas keadaan pulih,” katanya ditemui di Kampung Desa Taqwa, Pengkalan Chepa di sini.
Selain kehadiran tetamu dihadkan, majlis turut dijalankan dengan singkat sekitar 33 saat tanpa acara bersalaman ketika lafaz akad nikah.
Pengantin dan tetamu turut memakai pelitup muka, selain cecair pembasmi kuman disediakan kepada tetamu bagi memenuhi langkah pencegahan c0v1d-19.
Yaacob yang mempunyai 10 anak, 31 cucu dan dua cicit itu berkata, dia mengahwini adik kepada arw4h isterinya, Aminah yang men1ngg4l dunia lima bulan lalu akibat kanser.
Katanya, dia memilih wanita itu kerana memahami dirinya selain mampu menjaganya dengan baik.
“Saya sendiri yang lahirkan hasrat nak kahwin dengan isteri (Saudah) untuk hilangkan rasa sunyi dan anak kami bersetuju,” katanya.
Sementara itu, Saudah berkata, Yaacob memberitahu hasrat mahu memperisterikannya pada Mac lalu.
Katanya, bukan mudah dia menerima lamaran itu dan mengambil masa dua bulan untuk bersetuju selepas berbincang bersama empat anaknya berusia 42 hingga 34 tahun.
“Keluarga kami memang rapat, malah rumah pun dekat dan perkahwinan ini juga mengeratkan lagi hubungan dua keluarga,” katanya yang kem4tian suami empat tahun lalu.
Sementara itu, cucu, Nur Azwaadiey Rosli, 25, berkata, perkahwinan Yaacob atau Tok Ayah adalah hadiah Aidilfitri paling bermakna buat keluarga meskipun disambut berbeza kerana PKPB.
Katanya, perkahwinan itu dipersetujui supaya mereka dapat menemani dan menjaga satu sama lain memandangkan anak-anak bekerja selain masing-masing sudah berkeluarga.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HMetro