‘S4kitnya cukup per1t’ – pes4kit Cov1id-19

“USAH ambil mudah arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memutuskan rantaian c0v1d-19 kerana kesannya cukup perit ditanggung bagi mereka yang diserang peny4kit itu,” kata pes4kit c0v1d-19 yang hanya mahu dikenali sebagai ZA.

Mekanik berasal dari Kedah yang kini bekerja di negara Timur Tengah itu berkata, selepas disahkan menghidap c0v1d-19 pada 8 Mei lalu, kehidupannya gelap kerana pelbagai perkara bermain di fikiran termasuk kem4tian.

Katanya, selepas 19 hari bertarung dengan c0v1d-19 yang pada awalnya tidak mempunyai gejala, dia semakin pulih namun masih menunggu ujian terakhir daripada kementerian kesihatan di negara berkenaan sebelum dapat mengetahui statusnya.

“Selepas sah menghidap c0v1d-19 pada 8 Mei lalu, saya begitu panik dan fikiran mula memikirkan perkara yang bukan-bukan lebih-lebih lagi saya berada di perantauan.

“Keesokannya nafas semakin sesak dan s4kit kepala sebelum bertukar kepada tanda dem4m dan s4kit tekak sekali gus tidur malam terg4nggu.

“Hampir empat hari dem4m dengan suhu mencecah 40 darjah selsius dengan kahak yang agak banyak hari-hari, walaupun tidak batuk dan bersin tapi saya tidak terdaya menanggung kerana terasa s4akit yang teramat sangat serta tidak selesa pada bahagian belakang sehingga terpaksa men1ngg4lkan puasa selama lima hari,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Menurutnya, dia dinasihatkan doktor pakar dari Terengganu yang arif dalam perubatan tradisional untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran selain merendam kaki dengan ais untuk beberapa minit selama tiga kali sehari ketika dem4m.

“Saya juga mengamalkan vitamin C selain tidak putus-putus berdoa selain kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan di Malaysia.

“Alhamdulillah selepas menjalani rawatan dan mengamalkan pengambilan makanan itu secara berterusan, suhu badan stabil, tidak dem4m lagi selain s4kit yang menyerang anggota badan semakin lega, namun masih belum disahkan negatif kerana menunggu ujian terakhir.

“Besar harapan saya jika ‘swab test’ terakhir nanti tiada perkataan lain yang saya mahu dengar kecuali negatif kerana sakitnya cukup perit untuk ditanggung apatah lagi sudah ramai insan men1ngg4l dunia di seluruh dunia kerana c0v1d-19,” katanya.

Dia berkata, dia reda dengan ujian besar itu terutama apabila dikesan menghidap c0v1d-19 pada bulan puasa ketika bermusafir di negara orang.

“Kepada orang ramai khususnya di Malaysia, kisah yang saya kongsikan ini diharap dapat menjadi pedoman dan memberi kesedaran betapa pentingnya duduk di rumah, jaga penjarakan sosial, jaga kebersihan seperti kerap mencuci tangan dan paling penting perlu letakkan dalam minda w4b4k ini berbahaya kerana ianya boleh membunuh.

“Dalam masa sama saya meminta kita berdoa supaya rantaian w4b4k dapat diputuskan dan kembali pulih,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HMetro