WARGA emas, Jaafar Ali Mohd, 78, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dalam rumahnya yang dihuni bersendirian di Kampung Seri Rompin pagi tadi.
Pada masa sama, rumahnya itu turut dipenuhi sampah sarap.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang Smusliadi Sabtu berkata, dia dimaklumkan penduduk jam 9.50 pagi berkaitan kelibat Jaafar yang tidak kelihatan sejak seminggu lalu.
“Saya kemudiannya ke Balai p0lis Rompin bagi meminta bantuan sebelum bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seri Rompin pergi ke rumah Jaafar untuk melihat keadaannya.
“Kami terkejut mendapati Jaafar berada dalam keadaan lemah selain dalam rumahnya dipenuhi sampah sarap,” katanya.
Menurut Smusliadi, berdasarkan maklumat jiran, Jaafar sebelum ini ada keluar rumah dan sering dilihat ke pekan Rompin, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
“Namun sejak seminggu lalu, kelibatnya tidak kelihatan namun penduduk tidak mengesy4ki apa-apa.
“Bagaimanapun, hari ini, penduduk yang curiga menghubungi saya untuk memaklumkan perkara ini,” katanya dihubungi.
Menurut Smusliadi, jiran Jaafar memaklumkan, warga emas itu tinggal di rumah disewa pada kadar RM30 sebulan sejak 20 tahun lalu.
Smusliadi, anggota p0lis serta beberapa penduduk kampung berusaha mencari dokumen pengenalan diri Jaafar di rumah itu namun gagal menemuinya.
“Kami hanya menemui surat akuan sekolah di Nyalas bertarikh 24 Julai 1981 dipercayai milik Jaafar.
“Jaafar kini dirawat di h0sp1tal Jempol dan kesnya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jempol untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurut Smusliadi, jika bukan kerana kepekaan penduduk, sudah pasti Jaafar ditimpa perkara tidak diingini.
“Terima kasih kepada penduduk selain semua pihak yang membantu,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online