PUTRAJAYA: Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom j4ngk1tan c0v1d-19 yang dikesan dalam kalangan pes4kit.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah dem4m, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas.
Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa.
“Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.
“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti dem4m dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.
“Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, dem4m tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian c0v1d-19, di sini sini, hari ini.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH Online