Pelakon tampan yang digil4i ramai gadis, Nazim Othman kini tampil berkongsikan berita gembira buat semua peminatnya dengan memberitahu bahawa pintu hatinya kini terbuka bagi mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Seperti yang kita tahu perkahwinan pertama bersama Bella Dally sudah hampir dua tahun tamat.
SENTIASA BERDOA AGAR DIPERTEMUKAN DENGAN JODOH
Satu posting yang dimuat naik oleh tuan badan sendiri di media sosial Instagram menarik minat warganet apabila Nazim menyatakan hasratnya untuk bernikah lagi. Tambahnya lagi, dia tidak akan putus berdoa agar dipertemukan jodoh lagi.
Dalam petikan foto tersebut, Nazim menyatakan bahawa pada usia nya yang kini telah mencecah 36 tahun, inilah masa yang sangat sesuai untuk dia berumahtangga. Jelasnya lagi, dia bukan lagi muda dan waktu untuk berfoya-foya sudahpun berakhir.
“Diusia gangsa ini, adalah lebih baik saya meminta jodoh agar dekat dengan saya. Selepas dua tahun, saya kini membuka hati saya untu berkahwin.”
AMBIL IKTIBAR DARIPADA KESALAHAN LALU
Namun begitu, Nazim memberitahu bahawa beberapa perkara yang sukar dilalui olehnya itu adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh dia dan segala kesalahan masa lampau juga mengajarnya agar lebih bijak dalam kehidupan.
“Saya sudahpun berumur 36 tahun, masa untuk saya berjimba sudah berakhir. Selagi saya sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya.”
Dalam masa yang sama Nazim menunjukkan rasa kesal terhadap dirinya dan bertanya tanya apakah kesalahan masa lalu itu terlalu berat bagi dirinya kerana dia lambat untuk bertemu dengan jodoh.
Dia juga mengambil kesempatan bagi memohon maaf sekiranya ada kesilapan sesame manusia mahupun sang Pencipta. Dengan rendah diri Nazim memohon ampun jika dia pernah membuat sesiapa terasa hati secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Nazim tampil berani memohon maaf di khalayak ramai dan berharap agar dia dapat dipertemukan jodoh bagi dirinya buat kali kedua. Terdahulu perkahwinannya dengan Bella Dally hanya mampu bertahan kurang dua tahun dan berakhir pada 2018.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Meecks.com