KUALA LUMPUR: Semua sekolah di seluruh negara ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian penular4n v1rus covid-19. Setelah menjangkau lebih 70 hari sekolah ditutup, ibu bapa mula menyuarakan dan membangkitkan bila sekolah akan dibuka semula. Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Perkara ini masih belum diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana penular4n semasa covid-19 masih ada dan pelbagai perkara harus diperhalusi demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid di sekolah sekaligus menghindar wujudnya kluster baharu di sekolah akibat penular4n v1rus covid-19.
“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”
“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan membabitkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlvk4n sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara hal yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.
Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu bertujuan memutuskan rantaian penul4ran w4b4k c0v1d-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” katanya.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.
“Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya. – BERNAMA
Norma Baharu di Sekolah
Walau bagaimana pun pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kerajaan juga harus memastikan kesediaan guru serta murid untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menghalang penular4n v1rus covid-19.
Sebelum sekolah dibuka, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mesti memastikan kesediaan guru untuk mejalankan pemeriksaan kesihatan murid selain peralatan untuk membuat pemeriksaan suhu dan peralatan kebersihan diri seperti sabun, pensanitasi tangan serta pelitup muka telah tersedia di sekolah bagi kegunaan apabila sekolah dibuka kelak.
Selain itu, bilangan murid dalam kelas juga perlu dikaji dan dinilai bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sangat penting kerana sebelum ini ada kelas yang mempunyai bilangan murid melebih 40 orang. Apabila bilangan murid dalam setiap kelas dikurangkan, akan berlaku pertambahan kelas yang mendadak di setiap sekolah. Jika pertambahan kelas ini tidak dapat ditampung, pihak sekolah terpaksa mencari penyelesaian lain seperti menjalankan persekolahan dengan dua sesi.
Pembukaan Sekolah Belum Ditentukan
Dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa semua perkara tersebut sedang diambil kira serta sedang diperhalusi sebelum sekolah dapat dibuka kembali dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini juga berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
Dalam sidang video tersebut juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa sesi persekolahan hanya akan dibuka bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja seperti yang diputuskan sebelum ini tetapi belum ada tarikh yang ditetapkan.
Sumber: BERNAMA
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH