Tiada Lagi Kes COVID-19, Terengganu Kini Diisytihar Negeri Zon Hijau

KUALA TERENGGANU, 29 Mei  — Terengganu kini bebas daripada c0v1d-19 dan dikategorikan sebagai negeri zon hijau w4b4k peny4kit berj4ngk1t itu, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus.

Katanya, ia susulan perkembangan semasa dan pes4kit terakhir positif c0v1d-19 di Terengganu sudah pun discaj dari h0sp1tal, Rabu lalu.

Beliau berkata pes4kit berumur 35 tahun yang berasal dari Kemaman itu dimasukkan ke h0sp1tal Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang pada 20 Mei lalu setelah dikesan positif c0v1d-19.

“Alhamdulillah, kita tiada lagi kes aktif c0v1d-19 ketika ini dan saya berharap penduduk Terengganu terus mengamalkan kebersihan seperti saranan Kementerian Kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut serta menjaga jarak sosial.

“Bagi urusan harian seperti sektor perniagaan pula, teruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian seperti mengambil butiran pelanggan, memeriksa suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Untuk rekod, Terengganu sebelum ini mencatat 111 kes c0v1d-19 dengan satu kem4tian.

Daripada 111 kes itu, daerah Dungun merekodkan kes tertinggi dengan 38 kes, diikuti Besut (35), Kuala Terengganu (18), Setiu (lapan), Kemaman (enam), Kuala Nerus (empat) dan Marang (dua).

Hanya Hulu Terengganu satu-satunya daerah yang sifar kes c0v1d-19 di negeri ini.

Sumber: Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SiakapKeli