Sebarang sekatan beberapa sektor seperti sektor pendidikan dan aktiviti sosial yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dil0nggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes Cov1id-19 di negara kita kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian Covi1d-19 pada 28 Mei. Sebarang keputusan akan diberitahu pada minggu pertama Jun.
“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” jelasnya.
Namun, beliau juga meminta agar rakyat bekerjasama dengan pihak berkuasa agar w4b4k ini tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan kelak. Kes yang melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.
“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak j4ngk1tan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.
Semoga orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta mematuhi arahan yang dikeluarkan amat penting bagi memutuskan rantaian j4ngk1tan COVI1D-19 di negara ini.
Pelbagai perkara diperhalusi sebelum sekolah dibuka
Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penul4ran wab4k COV1ID-19.
“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”
“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlvk4n sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.
Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penul4ran w4bak COV1ID-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.
“Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.
-Bernama
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Apple Hijau