Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Nik Qistina mended4hkan dia sebenarnya telah mendirikan rumah tangga.
Namun menurut Qistina, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu selama dua tahun sebelum ini.
“Saya ingin berkongsi berita besar yang telah saya simpan selama dua tahun, saya sebenarnya sudah berk4hwin,” tulis Qistina di Instagram.
Dalam pada itu, Qistina turut mendedikasikan kata-kata manis buat suaminya, Nik Syahiran.
“Terima kasih sayang kerana sudah mengharungi susah senang bersama saya, awak juga selalu memberi semangat kepada saya agar tidak mudah berputus asa.
“Sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik dan saya telah lakukan pelbagai kesilapan, tetapi dengan adanya awak di sisi, saya tahu saya boleh cuba untuk jadi yang lebih baik.
“Terima kasih kerana sentiasa menjadi diri sendiri, kekal bersama saya selamanya, saya sayang awak,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Qistina telah berentap di pentas Dansa Dan Sing bersama para peserta lain.
Namun perjalanannya dalam pertandingan itu terhenti apabila dia tersingkir pada minggu ketiga.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak