Siti Aafiyah Khalid antara kanak-kanak popular di Malaysia. Permata hati buat pasangan romantis Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa, Aafiyah menjadi pujaan hati seluruh peminat tanahair. Gelagatnya, telatahnya, malah senyumannya sentiasa dinanti-nantikan.
Aafiyah dilahirkan pada tahun 2018 yang lalu. Kelahirannya disambut senyuman dan airmata kegembiraan oleh Dato’ Siti Nurhaliza setelah 11 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Berusaha tanpa mengenal erti jemu, akhirnya permintaannya itu dimakbulkan Allah. Kehadiran Aafiyah bukan sahaja disambut gembira oleh Tokti tetapi seluruh peminat Tokti. Boleh kami katakan Aafiyah antara anak selebriti yang paling diminati dan popular sekarang.
Aafiyah membesar menjadi anak yang baik dan mudah diuruskan. Sentiasa manis dengan senyuman, wajahnya tidak tumpah seperti ibunya itu. Memandangkan Aafiyah tidak diwujudkan akaun sosiaInya sendiri, segala perkembangan terkininya dikongsikan di akaun Instagram milik ibunya untuk tontonan peminat.
Sekarang apabila Aafiyah menjangkau umur 2 tahun sama seperti kanak-kanak sebaya yang lain. Semakin petah dan bermacam-macam perkara baru yang di explore yang berjaya membuatkan orang sekeliling terhibur. Adakala menyanyi, menari ada juga yang buatkan Tokti pening kepala apabila dah mula pandai menconteng sana-sini.
Melalui perkongsian yang dibuat melalui Insta Stroy TokTi, Aafiyah dilihat berlari keluar pintu kerana merajuk. Kemain panjang muncung mulut Si Aafiyah tetapi yang kelakarnya bila Tokti panggil cicak terus berlari masuk ke dalam rumah. Tahu pulak takut ye Aafiyah.
Bijaknya Aafiyah sekarang sudah terdidik dan biasa dengan sifat sopan santun dan adab sopan. Ramai yang suka melihat perkongsian tentang Aafiyah. Peminat juga memuji cara Tokti membesarkan anaknya disamping bantuan kakak, Dayah.
Semoga menjadi anak yang solehah ye buat ibu dan abah.
Vide0 :
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mehbaca