Kecoh Artis Larikan Isteri Org, Sekali Bekas Isteri Cef Fikree Kasi Ayat Padu

“Kalau bertepuk sebelah tangan tak menjadi tango-lah,” demikian pendapat bekas isteri Cef Fikree, Syarifah Zuriehan Ben Yahya berkenaan isu pelakon bawa lari isteri orang.

Akui Zuriehan, dia mengambil tauladan daripada kisah rumah tangga pasangan lain yang berantakan gara-gara pergeseran pendapat.

“Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sedikit satu sama lain terus nak cari lain.

“Terus nak canang pasal pasangan sana sini, jumpa semua orang. Sampai kisah keluarga pasangan kena gosip.

“Punyalah nak tegakkan diri nak cur4ng, masalahnya anak dah lima, dah tiga, kalau anak seorang pun masih ada anak bersama,” tambahnya.

Nasihat Zuriehan agar pasangan yang bermasalah segera mencari penyelesaian sewajarnya dan jangan pentingkan diri sendiri.

“Boleh tak fokus bab anak? Boleh tak jaga ibu bapa, fokus hubungan dengan Tuhan.

“Gerenti tak ada masa nak berg4duh apatah lagi makan luar.

“Jadi, berhenti pentingkan diri dan jaga perkahwinan masing-masing. Jangan nak cari salah je.

“Menyamp4h tengok tajuk bini orang nak lari dengan artis,” katanya.

Kecoh baru-baru ini apabila seorang pelakon lelaki didakwa melarikan seorang wanita berstatus isteri orang.

Pelakon lelaki terbabit telah dihadapkan ke mahk4mah namun mengaku tidak bersalah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“The mildest, drowsiest sister has been known to turn tiger if her sibling is in trouble.” – Clara Ortega

A post shared by Syarifah Zuriehan (@zuriehanbenyahya) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK