Eksklusif Foto2 Isteri-Isteri Menteri Ini Tetap Anggun Sambut Syawal

Diam tak diam, hari ini sudah pun memasuki 6 Syawal. Walau suasana lebaran tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) ekoran wab4k Covi1d-19 yang masih belum reda, namun bahang Aidilfitri masih terasa. Juadah raya tetap terhidang di pagi Syawal, begitu juga dendangan lagu-lagu raya yang masih berkumandang di corong radio. Yang pasti Syawal kali ini disambut dengan cara sendiri.

Seperti rakyat biasa, golongan pemimpin negara juga tidak terkecuali menyambut raya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal. Kelonggaran kerajaan memberi kebenaran

untuk berkumpul bersama keluarga hanya pada hari raya pertama digunakan sebaik mungkin. Dengan syarat, tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Meskipun singkat tetapi memadai untuk melepas rindu selepas sekian lama tidak bertemu ahli keluarga kerana pematuhan PKP.

Selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang sering tampil di kaca televisyen menyampaikan maklumat terkini berhubung keadaan semasa negara sepanjang Cov1id-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang menyambut 1 Syawal di samping anak-anak dan cucu tersayang.

Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama isteri, Datin Seri Muhaini

Menerusi foto yang dikongsikan anak perempuan Datuk Seri Ismail Sabri yang juga isteri Datuk Jovian Mandagie iaitu Datin Nina Ismail Sabri, kelihatan keluarga ini memilih busana sepadan untuk digayakan di pagi 1 Syawal. Terserlah keanggunan isteri Menteri Kanan ini iaitu Datin Seri Muhaini tatkala memakai busana raya sedondon di samping suami tercinta dan anak-anak.

Jika Datuk Seri Ismail Sabri memilih rona senada dengan ahli keluarga, berbeza pula bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Menerusi gambar yang dikongsikan

Tan Sri Annuar di laman Instagramnya, kelihatan hanya beliau dan isteri tercinta iaitu Puan Sri Rosniah Abdul Rahman menyarung persalinan sedondon lilac. Manakala anak-anak

pula memilih baju raya berlainan warna.

Ujar Ahli Parlimen Ketereh ini, “Cukup berbeza raya tahun ini, buat pertama kalinya saya tidak dapat berada di Kelantan pada hari raya pertama. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah dapat menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Harap pagi raya ini membawa barakah dan kegembiraan buat semua. Ahli keluarga ada 19 orang jadi tak berkumpul lebih daripada 20 orang. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga.”

Tan Sri Annuar Musa di samping isteri, Puan Sri Rosniah Abdul Rahman
Di samping anak-anak & cucu

Seorang lagi isteri menteri yang tampil anggun mempersona di pagi 1 Syawal ialah Tengku Datin Seri Marsilla, suri hati kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Terkenal dengan raut wajah lembut dan cantik, penampilan ibu empat anak ini nyata mencuri perhatian. Beliau memilih persalinan raya corak abstrak rona senada di samping Datuk Seri Hishammuddin yang segak berbaju melayu warna kuning lembut dan lengkap bersamping.

Walau tidak tampil sedondon dengan anak-anak namun keluarga ini tetap ceria menyambut Aidilfitri dalam suasana sederhana. Kongsi Ahli Parlimen Sembrong ini, “Selamat pagi Syawal semua! Korang sambut raya kat mana tu? Saya, isteri, anak-anak, semua menantu dan cucu sambut kat rumah KL je. Sayu juga hati masa solat sunat Aidilfitri tadi, biasanya awal pagi dah ke masjid.

Datuk Seri Hishammuddin & isteri, Tengku Datin Seri Marsilla

Takpelah, demi lawan #COVI1D19, kita redha. Biarpun sambut raya dengan ahli keluarga terdekat je, jangan lupa tanya khabar saudara mara yang duduk jauh. Cara paling mudah, video call. Moga cara new normal ini eratkan silaturrahim sesama kita, insyaAllah.”

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin dan isteri juga melahirkan rasa rindu terhadap ketiga-tiga cucu mereka. “Tahun lepas sambut Syawal dengan dua cucu. Alhamdulillah tahun ni bertambah lagi sorang – Nasha Alayna. Sorry Alayna, tahun ni Tok Dad tak boleh bawa Alayna pergi ziarah raya rumah orang lain lagi. Kita kena duduk rumah kita je. Kejap lagi bila Tok Dad dan Tok mum video call dengan saudara mara, boleh la Alayna join sekali!”

Walau terpaksa sambut raya dalam norma baharu namun ikatan kekeluargaan masih terpaut utuh! Tidak kira di mana sahaja berada, Aidilfitri tetap dirai dan bersama-sama berjuang melawan w4b4k c0v1d-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona