Terkenal dek watak si Joyah, Norlia masih aktif berlakon

KEPOH celoteh Si Joyah dalam drama popular tahun 1980-an terbitan televisyen tempatan, Opah ternyata menaikkan nama Norlia Ghani sebagai pelakon sehinggalah sekarang.

Siapa tidak kenal dengan suaranya yang kecoh satu kampung. Dengan karakter mulut murai, drama yang dibintangi watak utama, allahy4rh4m Zaiton Husin itu mampu bertahan sehingga 18 tahun.

Tidak hairanlah jika sampai sekarang masih ada yang memanggilnya dengan gelaran Joyah walaupun drama itu sudah ditayangkan lebih dua dekad lalu.

Barangkali dek impak wataknya hingga ke hari ini, layaklah beliau digelar ‘Ratu Mak Cik Bawang‘.

Bagi pemilik nama sebenar Norlia Ghani Abdul Hamid, drama Opah diakui memberi kesan mendalam dalam kehidupan seninya sekali gus menonjolkan bakat terpendam.

norlia ghani

“Sebelum itu, saya didedahkan dengan dunia filem seawal usia 17 tahun apabila diperkenalkan allahy4rh4m Tan Sri P Ramlee dalam filem Kanchan Tirana. Tapi nama tak popular sangat masa itu.

“Saya masih ingat lagi, Studio Merdeka menjadi tempat jatuh bangun sebagai anak seni.

Selepas kemunculan zaman video, filem kurang mendapat sambutan malah semakin suram.

“Saya pun beralih ke RTM untuk program hiburan dan lawak hinggalah dapat peluang berlakon dalam Opah,“ katanya yang masih aktif menerima tawaran berlakon hingga sekarang.

Meskipun tidak lagi muncul di kaca televisyen, barangkali ramai peminat yang menyangka anak kelahiran Klang, Selangor itu sedang berehat dan menjaga cucu-cucunya di rumah.

norlia ghani

Begitupun, nenek kepada tujuh cucu itu sebenarnya tidak betah duduk diam. Beliau masih aktif menerima tawaran berlakon filem dan drama.

Terpaksa berehat

Terbaharu, beliau sedang menjalani penggambaran dua hari untuk drama bersiri terbitan RTM, namun tergendala dek penangan w4b4k c0v1d-19 sehingga terpaksa ‘berehat‘ di rumah.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sebenarnya sedang dalam penggambaran di Ijok, Kuala Selangor. Tapi disebabkan faktor keselamatan, shooting terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Tidak dinafikan sebelum PKP, saya ada terima dua tiga tawaran produksi untuk slot raya, tapi terpaksa dilepaskan kerana w4b4k c0v1d-19. Saya reda dengan ketentuan ALLAH, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,“ ungkapnya.

norlia ghani

Masih menunggu kelulusan untuk meneruskan penggambaran yang terhenti, ibu kepada pelakon Rushdi Ramli itu turut berdoa agar semua urusan dipermudahkan.

“Siapa yang tak takut sebab w4b4k c0v1d-19 masih belum ada vaksin lagi. Bagaimanapun, kita kena jaga dan ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan demi keselamatan bersama.

“Kalau dapat kelulusan untuk teruskan penggambaran, mungkin saya kena buat persediaan rapi memandangkan lokasi agak jauh di Ijok,“ ceritanya yang kini menetap di Cheras, Kuala Lumpur.

Berkongsi momen Aidilfitri, menurut pelakon filem Mami Jarum itu, beliau ada perancangan tersendiri.

Antaranya, membuat giliran kunjungan anak-anak ke rumah kerana tidak mahu lebih 20 orang berkumpul dalam satu-satu masa.

“Saya faham pagi raya tak boleh ramai-ramai. Sebab itu dah bincang dengan anak-anak buat giliran, yang sulung datang dulu barulah Rushdi datang dan bawa saya bersama untuk ke rumahnya.

norlia ghani

“Memang sed1h sebab tahun ini konsepnya rumah ‘tertutup‘ kalau dibandingkan tahun-tahun sebelumnya tak pernah tak buat open house. Tapi tak apalah… demi keselamatan, kita kena akur,“ tuturnya kepada SinarPlus.

Memahami keadaan negara masih dibelenggu w4b4k, Norlia yang mesra dipanggil mama itu bersyukur kerana ramai pihak prihatin dengan kebajikan artis terutamanya nasib veteran sepertinya.

“Alhamdulillah, rezeki tetap ALLAH bagi. Dapat bantuan daripada individu dan persatuan prihatin. Bukannya kita yang meminta-minta, namun rezeki yang ada jangan ditolak.

“Bukan harapan saya seorang tapi semua mendoakan supaya w4b4k c0v1d-19 ini cepat hilang,“ ujarnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian