Lisa Surihani Bertudung Bukan Permintaan Yusry, Tapi Satu Keputusan Yang Bukan Dibuat Hanya Satu Malam

Pelakon, Lisa Surihani mengakui keputusannya untuk mengenakan hijab disebabkan permintaan sesiapa atau mengikut kehendak suaminya termasuk suaminya, Yusry Abdul Halim.

Tegas Lisa lagi, keputusan yang dibuat sejujurnya tidak dipengaruhi sesiapa, malah apa apa yang dilakukan difikirkan sebagai yang terbaik.

“Biasanya kalau orang tanya apa kata suami, saya minta tolong untuk tanyakan padanya sendiri. Lebih baik untuk tanyanya terus.

“Sebab saya mungkin merasakan benda ni bukan sebab atas suruhan atau sesiapa, termasuk dirinya. Cuma mungkin saya dapat rasakan, dia inginkan saya buat keputusan tersebut sendiri, atas sebab yang betul.

“Ataupun sebab yang kita semua harapkan adalah perkara yang betul,” katanya.

Pada masa sama, Lisa juga tidak menafikan dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi memandangkan hijrahnya ini merupakan suatu hal yang bersifat peribadi.

“Sejujurnya, saya baru pulang dari umrah dan jika perkara ini mudah, saya cepat-cepat akan kongsikan gambar dan beri masing-masing faham. Akan tetapi di sebalik mengapa saya kenakan hijab, ia amat peribadi,” jelas Lisa.

Malah, katanya lagi, dia turut tidak berapa gemar dengan istilah ‘perubahan imej’ yang sering disinonimkan dengan wanita yang baru mengambil keputusan untuk bertudung.

“Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman. Ia suatu perjalanan yang panjang jadi pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan perkataaan imej atau ‘new look’, kerana ia ibarat menghadkan definasi hijab pada sisi pemakaian sahaja.

“Bila sebenarnya definasi hijab itu lebih luas konteksnya. Saya pun masih berdoa, meski saya masih mencari hidayah. Jadi saya minta semua untuk doakan saya istiqamah,” katanya.

Terdahulu, bintang Istanbul Aku Datang ini ditemui media pada majlis rakaman program Tanya Doktor Imelda.

Tanya Doktor Imelda merupakan sebuah rancangan bual biacara khuhus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Ideaktiv Sdn. Bhd.

Mulai bersiaran 4 Julai lepas, Tanya Doktor Imelda disiarkan secara eksklusif setiap Khamis jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Terdahulu, Lisa menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini.

Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila rakan pelakon, Intan Ladyana turut berkongsi foto bersama Lisa yang sudah berhijab sebelum itu menerusi Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

love them 💙

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Sumber : MH

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : jalankami