Sambutan Syawal kali ini pastinya memberi perbezaan kepada penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada dua bulan lalu membuatkan Bunga terpaksa cekal teruskan hidup bersama Noah.
Selepas pemergian suami menghadap Ilahi, ini kali pertama BCL memuatnaik video istimewa di laman Youtube. Selepas 4 jam dikongsikan di platform itu, video tersebut telah cecah 461 ribu tontonan.
‘Nikm4ti moment yang dipunya’
Ini merupakan video pertama yang dimuatnaik menerusi akaun Youtube Bunga Citra Lestari selepas hampir dua bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair. Video berdurasi 11:28 minit itu didedikasi khas buat arw4h suaminya, memaparkan kenangan sambutan Syawal mereka bersama pada tahun-tahun sebelum ini.
Sambutan tahun ini agak berbeza. Kehilangan suami tersayang, namun, lebaran penyanyi ini masih ditemani dengan keluarga tercinta. Permulaan video ini dibuka dengan serangkap ayat yang menyentuh perasaan ramai penonton.
Nikm4ti moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.
Ini bukan perjalanan yang mudah
Bunga Citra Lestari menerusi kapsyen di laman Youtube tersebut mengakui perjalanan hidup tanpa suami tercinta adalah sukar baginya. Terkadang hatinya menjadi lemah meskipun dia sedaya cuba kuat hadapi kebenaran hidup. Tapi dia percaya ini merupakan proses baharu bagi dirinya dan anak.
Peminat juga bersed1h
Rata-rata penonton juga bersed1h dan menangis menonton video ini. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Bunga untuk meneruskan kehidupan bersama anak tanpa Ashraf disisi.
Dua bulan ditemani ibu mentua, BCL kongsi pengalaman raya tanpa Ashraf – “Dear love… malam itu takbir berbeza tanpa kamu!”
SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Bunga Citra Lestari apabila dia meraikan hari lebaran itu tanpa suami tercinta iaitu allahy4rh4m Ashraf Sinclair dan menyambutnya dalam keadaan norma baharu akibat penul4ran wab4k Cov1id-19.
Meskipun kemeriahan tidak sama seperti tahun sebelum ini, namun Bunga dan keluarga masih mengekalkan tradisi yang sama seperti ketika arw4h masih hidup.
“Malam itu kita sekeluarga membacakan surah Yasin untuk kamu, itu kami lakukan setiap malam dan kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu… cuma kali ini berbeza tanpa kamu dan kami bertakbir secara online bersama ustaz.
“Kita solat raya di rumah… sangat indah dan pengalaman baharu Aidilfitri tahun ini. Rasanya sangat berbeza ditambah pula kondisi pandemik, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama.
“Lebaran kali ini seperti biasa saya siapkan makanan seperti semasa kamu ada… saya jaga tradisi ini untuk bagi Noah biasa dengan kehidupan baharu ini,” katanya.
Bunga bersama anak tunggalnya, Noah.
Penyanyi lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen menyambut Aidilfitri tahun ini menerusi laman Youtube pada Ahad.
Dalam video yang dimuat naik itu, Bunga turut mengimbau kembali kenangan meraikan hari raya bersama allahy4rh4m pada tahun sebelum ini.
Selain anak mereka, Noah, turut kelihatan ibu bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Syarif serta ibu mentua, Khadijah Abdul Rahman dan beberapa orang saudara terdekat.
Bunga bersama keluarganya.
Sementara itu, Bunga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang ketika orang ramai kini sedang berdepan pelbagai dugaan dan ujian.
“Itu tidak mengurangkan kemuliaan Aidilfitri, kami bermaaf-maafan dan melalui momen ini kita makin sedar bahawa di luar segala cubaan mendatang, namun kita bersyukur masih ada bersama.
“Kita duduk bersama berkongsi kasih sayang, ummi (ibu Ashraf) sudah dua bulan berada di Indonesia jauh dari keluarga di Malaysia menemani saya dan Noah, juga pada ibu dan ayah serta semua… saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berada bersama saya.
Gambar kenangan… Bunga bersama keluarga Ashraf ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu.
“Dear love, meskipun ragamu sudah tiada tapi ji1wamu sentiasa ada bersama saya dan doa untukmu cara untuk saya meluahkan rasa cinta… I miss you each and everyday!,” ujarnya.
allahy4rh4m Ashraf Sinclair meningg4l dunia akibat ser4ngan j4ntung pada 18 Februari lalu di Jakarta, Indonesia.
Pemergian arw4h Ashraf bukan sahaja memberi t4mparan kepada keluarga malah semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti serta peminat dari Indonesia dan Malaysia.
Bunga, 37, dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: BCL via Mstar