Tindakan pelakon Elfira Loy berkongsi dirinya membenarkan anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf menggunakan telefon bimbit pada usia lapan bulan mengundang perhatian warganet.
Rata-ratanya tidak bersetuju kerana berpendapat masih muda dan akan mengg4nggu tumbesaran Rayyan.
@farahfunlearning: Bestnyaa tapi lebih baik tunggu besar baru bagi gajet untuk mengelakkan kelewatan bertutur. Gantikan gajet dengan buku dan edu toys. Banyakkan bercakap dengan dia untuk tambah vocab. Semoga Rayyan membesar dgn sihat, soleh dan bijaksana.
@khairunnisachung: Wow 8 bulan diberikan iPhone. Tidakkah anda merasa terlalu awal untuk mendedahkan dia gajet? Bagaimanapun, bergantung dengan ibu bapa masing-masing kan,” tulis salah seorang pengikut.
Malah, segelintir netizen menyifatkan Rayyan anak yang bertuah kerana diberi gajet mahal.
@nrlhdyhisml: 8 bulan pon dah pakai iPhone budak hensem ni.
@_dr.izziliyana: 8 bulan dah dapat iPhone, kita ni 80 tahun nanti belum tentu dapat iPhone sed1h @_damiahannah.
@fatinazemi_: I pun takda iPhone mahal-mahal tauu. Awww, so cute @aidalaaaa.
@snurshamira: Untung Rayyan, 8 bulan dah dapat iPhone. Kita yang dah beribu bulan ni pun tak pernah merasa pakai iPhone,” antara komen yang ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, Elfira menyatakan Rayyan hanya bermain dengan gajet dalam masa singkat saja.
“Akan berumur 8 bulan esok! Jadi saya dapatkan dia iphone jadi takdelah nak kac4u telefon mama hehe.
“Sekiranya anda malas untuk beratur, anda boleh mendapatkan iPhone asli dari @rouxgadget. Tak senang nak taip dan scroll orang jual iPhone original jadi saya tagging mereka kot kot kalau korang pun nak.
“Dia hanya boleh bertahan selama 15 minit menonton babytv max pastu membosankan. Dia lagi suka kalau mama dia main dengan dia,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya.
Gempak telah cuba menghubungi Elfira sejak semalam namun gagal.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak