Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan perkhidmatannya.
Menurut Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan.
“Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat c0v1d-19.
“Saya akan pilih mana yang memerlvk4n tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu,” katanya.
Jelasnya, dia juga sudah menyimpan hasrat berkenaan sejak mula memasuki FINAS.
“Sejak mula menjadi pengerusi, memang saya tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.
“Sekarang saya tidak lagi dalam agensi itu, jadi sudah tiba masanya saya pulangkan semula elaun berkenaan.
“Jadi kalau ada yang memerlvk4n boleh datang jumpa saya. Saya juga akan cari mereka yang terkesan akibat c0v1d-19,” katanya.
Hans berkata demikian pada satu sidang media khas di Bukit Damansara, semalam.
Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.
Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak