Pemlik jenama dan butik pakaian muslimah Leeyanarahman (LR), Nur Liyana Abdul Rahman memilih untuk memaafkan pelanggan yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t selepas tidak berpuas hati dengan baju raya keluarannya.
Menurut Liyana, dia menganggap itu adalah dugaan yang harus ditanggung bagi seorang ahli perniagaan.
“Saya maafkan pelanggan-pelanggan yang maki hamun LR haritu. Saya anggap benda ni dugaan dalam perniagaan.
“Banyak dugaan saya dalam perniagaan yang orang luar tak tahu. Hanya Allah je yang tahu.
“Makin besar perniagaan, makin besar dugaan dia. Orang kec4m sebab dia nak beli, nak pakai tapi tak dapat,” tulisnya.
Tambah Liyana, dia sedar pelanggan adalah individu yang membangunkan dan menjadikan nama Leeyarahman lebih dikenali.
“Walaupun diorang marah m4ki h4mun tapi saya tetap hargai diorang. Takda diorang takda LR ni. Cuma silap saya tak dapat merealisasikan impian diorang nak pakai LR waktu raya.
“Ramai yang dah serik dengan LR, takpa saya anggap semua ni dugaan. Kalau Allah cakap akan ada rezeki, maka ada lah rezeki nanti.
“Kalau DIA cakap rezeki sampai sini ja, saya redha ja. Yang penting kita jujur dalam perniagaan dan buat sehebat baik untuk semua orang,” tulisnya lagi.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya beserta ‘screenshot’ permohonan maaf yang diterima daripada salah seorang pelanggan pada Selasa lalu.
Nama Leeyarahman menjadi bualan hangat di media sosial selepas terdapat beberapa orang pelanggan menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pengurusan jenama tersebut.
Pemlik jenama dan butik pakaian muslimah tersebut tampil menjelaskan masalah berpunca daripada pihak kilang di Guangzhou, China yang tidak menepati janji untuk menyiapkan koleksi baju yang sudah dibayar sepenuhnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak