Raja Azura Menang Lagi, Alif Satar Ketepikan Henry Golding!

Penghibur serba boleh Raja Azura dan Alif Satar antara pemenang Anugerah Jenama yang Dipercayai anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest bagi tahun 2020 bagi kategori Personaliti.

Sekali lagi Raja Azura diundi oleh peminat di Malaysia sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai manakala Alif Satar menjuarai kategori Penyampai Televisyen untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai, mengambil tempat Henry Golding yang memenangi kategori sama tahun lepas.

Raja Azura lebih mesra dengan panggilan Kak Engku akui terkejut dan terharu dengan sokongan diberi peminat walaupun telah men1ngg4lkan bidang penyiaran radio sejak empat tahun yang lalu.

“Wah, saya tidak percaya yang saya masih memberi satu impak sebagai penyampai radio yang paling dipercayai setelah beberapa tahun.

“Saya berharap agar rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong orang lama seperti kami agar dapat terus melahirkan karya dan hiburan yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu bagi Alif Satar, dia berharap agar anugerah dimenanginya ini dapat menjadi contoh kepada orang lain supaya terus berpegang kepada matlamat dalam kehidupan.

“Saya sangat berbesar hati diberikan anugerah ini. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan peminat saya yang juga sumber inspirasi saya dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

“Semoga dengan penganugerahan ini, dapat menjadi satu contoh bagi sesiapa saja di Malaysia bahawa, tidak kira siapa, dan tanpa mengira latar belakang kita, jika kita mempunyai visi dan misi dalam diri, dengan usaha dan ketekunan, kita mampu untuk mencapai apa jua matlamat dalam hidup,” katanya kepada Gempak.

Alif Satar juga berpegang pada mutiara kata yang pernah disuarakan oleh mendiang Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang berbunyi, “It always seems impossible, until it is done” – semuanya tampak mustahil sehinggalah kita melaksanakannya.

Selain Raja Azura dan Alif Satar, personaliti tempatan, Adibah Noor turut memenangi kategori Penyampai Hiburan/Serba Boleh Paling Dipercayai manakala bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus kekal sebagai Personaliti Sukan Paling Dipercayai.

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke- 22 menonjolkan jenama yang dipercayai berdasarkan undian oleh lebih daripada 8,000 individu yang telah dipilih merentasi lima pasaran utama di rantau ini: Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Lebih daripada 40 jenama tempatan terpilih untuk memenangi lebih daripada 50 kategori termasuk Produk Isi Rumah, Perkakas Elektronik Pengguna, Institusi Pendidikan Swasta, Universiti Awam, Bank Yang Paling Dipercayai, Penyedia Perbankan Islam dan banyak lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak