Ingat Lagi Bawang Merah? Ini 3 Hotel 5 Bintang Milik Suami Nia Ramadhani

Masih ingat lagi dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih yang pernah disiarkan menerusi TV3 suatu masa dahulu? Sinetron ini mula bersiaran pada tahun 2004 mengambil kisah dari cerita rakyat Indonesia, kemudian diolah semula hingga menjadi sebuah sinetron yang cukup dramatik.

Salah satu watak yang sering membuatkan penonton rasa benci adalah bawang merah (Siska) yang dilakonkan oleh Nia Ramadhani. Umumnya telahpun bernikah dengan Ardi Bakrie, anak bongsu kepada keluarga usahawan iaitu Aburizal Bakrie. Sebagai salah seorang yang terkaya di Indonesia, wajarlah jika keluarga suami Nia Ramadhani itu memiliki hotel lima bintang.

Aburizal Bakrie merupakan salah satu usahawan terkenal di Indonesia yang memiliki syarikat yang mengusahakan di berbagai bidang, tak terkecuali properti atau hartanah.

Keluarga Aburizal Bakrie ini memiliki belasan apartment serta hotel. Hotel 5 bintang yang dimiliki keluarga Ardi Bakrie juga tak kalah mewah dan megah.

Di mana agaknya rangkaian  hotel ‘five star’ milik keluarga Aburizal Bakrie? Berikut kami rangkumkan dari laman  Matamata 

The Groove Suites

Keluarga Ardi Bakrie memiliki hotel 5 bintang yang berlokasi di Jakarta Selatan. Hotel yang beroperasi sejak tahun 2014 ini memiliki 140 unit bilik. Hotel ini berjaya memenangki ‘The Award Excellence Booking.com Guest Review Award 2014’ dari Booking.com pada Mac2015 lalu.

Pullman Bali Legian Nirwana

Hotel mewah yang berlokasi tak jauh dari Pantai Kuta, Bali ini memiliki fasiliti kolam renang di atas bumbung yang berpanorama terus menghadap ke laut. Di dalam Pullman Bali Legian Nirwana, terdapat tiga bar yang menyajikan berbagai minuman dan makanan menarik.

Krakatoa Nirwana Resort Lampung

Krakatoa Nirwana Resort Lampung merupakan penginapan mewah dengan 40 buah bilik dan 32 villa. Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti kolam renang, ruang tamu hingga beach restaurant.

Itulah tiga hotel mewah milik keluarga suami Nia Ramadhani. Tertarik menginap di salah satu hotelnya?

Sumber: Hangat

Saya Mungkin Diusir Keluar Dari Rumah Oleh Suami. Nia Ramadhani Dedah Mungkin Dihalau Suami Jika..

Pelakon yang pernah popular menerusi watak Siska (bawang merah) dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini dikatakan lebih seronok menguruskan keluarga.

Baru-baru ini Nia menjalani sebuah program bertajuk Ngopi Dara.

Nia Ramadhani kini bahagia menjalani kehidupan bersama tiga cahaya mata.

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Ardi Bakrie, aktres NiaRamadhani sudah jarang berlakon.

Ibu tiga cahaya mata ini turut berkongsi kepada umum satu perkara yang boleh membuatkan suaminya marah dan mungkin dihalau keluar dari rumah jika dia berbuat demikian.

Menurut Nia, dia tidak boleh melakukan adegan bercumbuan dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Kalau saya melakukan adegan begitu (ciuman), saya pasti dikunci di depan rumah.

“Mertua juga akan marah. Saya pasti diusir dari rumah,” dedah Nia. – MHE TV

Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu berusia 29 tahun ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak dara.

Mula mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Anindra Ardiansyah Bakrie pada April 2010.. perkahwinan yang meniti usia hampir sembilan tahun ini lebih bermakna apabila pasangan romantis Indonesia tersebut dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (7 tahun), Manaika Zannati (4 tahun) dan Magika Zalardi (2 tahun).

Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.

Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.

Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.

Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.

 

Foto: Instagram Nia Ramadhani via Nona / Viral gempak , Media ohsem

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon