Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mendakwa kesilapan terbesarnya sepanjang berkhidmat adalah terlalu lurus.
Menurut Hans, sikap telus dalam bekerja membuatkan dirinya tidak disenangi sesetengah pihak.
“Ya saya mengakui saya tidak pandai ‘bermain’, cara saya lurus je, itulah Hans Isaac.
“Mungkin sebab itu itu juga orang tak senang dengan cara saya. Malah sebab itu juga saya rasa saya jadi m4ngs4 keadaan,” katanya.
Tambahnya, sepanjang berkhidmat di FINAS, dia percaya pada prinsip yang mana perbadanan itu tidak boleh membabitkan sebarang agenda politik.
“Saya tidak ada agenda politik sepanjang dalam agensi itu. Dari dulu lagi saya selalu cakap, industri kreatif tak boleh babitkan politik. Kalau ada, ia memang takkan berjaya dan masalah ini dah lama berlaku.
“Jadi, apabila saya ditamatkan kontrak, sedikit pun tak terasa hati. Malah sebelum terima panggilan pembatalan kontrak pun, saya sudah jangka benda ini akan berlaku.
“Kalau asyik tukar sebelum habiskan kontrak, sampai bila pun masalah tak selesai,” katanya.
Untuk rekod, Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.
Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak