Kebiasaannya dapat dilihat di jalan raya yang bekerjaya sebagai penghantar makanan adalah lelaki. Jarang-jarang sekali ada wanita yang bekerja sebegini. Bukanlah untuk membandingkan jantina, namun kehadiran seorang gadis penghantar makanan yang baru-baru ini berkongsikan mengenainya di media sosial mencvri perhatian ramai.
Bermula dengan memuat naik gambarnya di Twitter yang lengkap berpakaian seragam Foodpanda duduk di atas motor, perkongsian Farah Nur Syifa Abdullah itu telah menjadi tul4r.
Gadis berusia 20 tahun dari Perak ini sebenarnya adalah graduan GiatMara Taiping dalam jurusan Solekan dan Terapi Kecantikan. Malah kisah mengenai tul4rnya gadis ini turut meraih perhatian media tempatan untuk melaporkan mengenainya.
Menerusi laporan Harian Metro, Farah Nur Syifa Abdullah mengakui memilih kerjaya sebagai penghantar makanan kerana minat dengan motosikal. Selain itu dia turut memberitahu ramai juga pelanggan yang terkejut ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaanya kerja itu dilakukan oleh lelaki.
Tambahnya lagi walaupun dirinya perempuan layanan dan cara kerja tetap sama. Tidak kira cuaca panas terik atau hujan, dia tetap kena hantar makanan dengan cepat.
Bercerita mengenai minatnya pada motosikal, Farah Nur Syifa sering juga mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit.
Berikut adalah hantaran dari gadis penghantar makanan yang telah meraih perhatian ramai baru-baru ini”
Post dekat sini sebab twitter tak akan rosakkan kualiti gambar 🥰🤘🏻 pic.twitter.com/OTMebtdZPw
— fafa panda 🐼 (@weslysky) June 1, 2020
Perkongsian gadis tersebut baru-baru ini telah meraih lebih 7,800 retweets dan 46,400 likes.
Tak Memilih Kerja, Si Gadis Manis Kental & Seronok Jadi ‘Rider’ Food Panda
Khidmat runner ataupun penghantar makanan sangat sinonim dan didominasi oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kaum hawa juga semakin hari kebanyakannya dilihat sudah berjinak-jinak dengan kerjaya ini
Seorang jadi berusia 20 tahun, Farah Nur Syifa, menarik perhatian warga Twitter apabila memuat naik sekeping gambar dirinya memakai uniform kerjanya sebagai seorang penghantar makanan Food Panda.
Menurut temubual eksklusifnya bersama Astro Gempak, gadis yang lebih mesra dengan panggilan Fafa ini pada awalnya berniat hanya sekadar kerja sambilan sahaja.
Kini, dirinya membuat keputusan untuk menjadi rider sepenuh masa ekoran sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
Dirinya juga turut mengakui bahawa makin menyukai pekerjaan sekarang ini walaupun kadang kala terintas perasaan takut juga terutama waktu malam, memandangkan dia merupakan seorang perempuan.
Namun, gadis ini tetap gembira kerana dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik. Tambahan pula, ada segelintir pelanggan yang baik hati turut menghulurkan duit raya buatnya.
Fafa juga menyatakan bahawa, selain menjadi seorang penghantar makanan dia juga turut melakukan beberapa pekerjaan lain termasuklah menolong ibunya jual laksa mee pangkor dengan menghantar kepada pelanggan di sekitar Ipoh.
Sumber: Astro Gempak.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL