Farid Kamil Dipenj4ra 13 Bulan, Sekali Rosyam Nor Bersuara Kerana Ada Benda Yg Belum Selesai Antara Meraka

KUALA LUMPUR: Penerbit Suhan Movies & Trading, Datuk Rosyam Nor tidak berhasrat menggantikan watak dibawa Datuk Farid Kamil dalam projek drama belum berjudul yang tertangguh akibat COVI1D-19 dan perkembangan terkini membabitkan aktor itu yang dihukvm penj4ra, Selasa lalu.

Rosyam mengaku mustahil menggantikan watak Farid dengan pelakon lain berikutan hampir separuh penggambaran drama berkenaan sudah dibereskan.

“Saya difahamkan Farid sedang meminta kelonggaran mahk4mah untuk menyelesaikan penggambaran sebelum menjalani hukvman.

“Saya masih menunggu jawapan Farid. Syarikat sedang berbincang dengan Astro bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada BH Online.

Selasa lalu, Farid, 39, dihvkum penj4ra 13 bulan oleh Mahk4mah Majistret kerana menggunakan kekerasan jen4yah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota p0lis dengan niat menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham dilaporkan menjatuhkan hukvman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jen4yah dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Rosyam berkata, Farid berjanji memberi komitmen kepada pembikinan drama berkenaan apabila penggambaran dimulakan, tidak lama lagi.

“Farid membawa watak utama dalam drama itu. Memang kami ada berbincang mengenai hal ini (hukvman dikenakan mahk4mah).

“Tetapi Farid beri jaminan untuk menghabiskan penggambaran. Selain drama ini, dia juga perlu menyiapkan sebuah filem lain.

“Dalam keadaan produk yang sudah separuh siap, mustahil untuk kami mencari pengganti tergesa-gesa.

Farid Kamil digandingkan bersama Lisa Surihani

“Lagipun bukan mudah mencari pelakon yang sesuai dan serasi dengan aktres gandingan, Lisa Surihani.

“Sebelum ini, Farid dan Lisa pernah digandingkan dalam filem Lagenda Budak Set4n kira-kira 10 tahun lalu.

“Keserasian itu sudah ada, jadi agak sukar untuk kami cari pelakon lain menggantikan Farid,” katanya.

Rosyam berkata, dia tidak pasti bila penggambaran drama berkenaan akan disambung kerana masih menanti butiran terperinci prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tambahnya, syarikat perlu memikirkan strategi mengendalikan kerja penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah berbincang dengan tenaga produksi dan teknikal mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik penggambaran bermula.

“Dalam penul4ran COV1ID-19, saya faham pemilik premis keberatan menyewakan aset mereka.

“Jadi, kami terpaksa memikirkan alternatif untuk menjalani penggambaran di luar dan menggunakan kreativiti yang ada,” katanya.

Rosyam lega kru dan pelakon tidak perlu menjalani ujian swab COV1ID-19 seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan.

“Namun, kami tetap menitik beratkan SOP sepanjang penggambaran” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH