Ke mana hilang 820 penghuni?

KUALA LANGAT – Sebanyak 205 rumah di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, di sini ditinggalkan penghuni selepas kawasan terbabit menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pentadbiran, 2 Jun lalu.

Ketua p0lis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, perkara itu dikesan susulan Op Pintu yang dilaksanakan petugas keselamatan.

“Dianggarkan keseluruhan yang men1ngg4lkan rumah berjumlah kira-kira 820 penghuni.

“Kita percaya penghuni rumah terbabit men1ngg4lkan kediaman mereka seawal 29 Mei selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan seramai 20 warga Bangladesh yang tinggal di kawasan itu didapati positif c0v1d-19,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Azizan Tukiman

Azizan Tukiman

Azizan berkata, p0lis akan berusaha mengesan kesemua penghuni terbabit untuk melakukan ujian saringan selepas mereka pulang.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kesemua penghuni itu akan pulang selepas PKP secara pentadbiran itu tamat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan enam individu berhampiran kawasan PKP secara pentadbiran itu yang sebelum ini didakwa positif c0v1d-19 disahkan negatif Jumaat lalu,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian