Biografi Agong berjiwa rakyat

HARI ini seluruh rakyat negara Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat serta berjiwa rakyat.

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda, SinarPlus kongsikan biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduk4 Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Baginda telah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Baginda merupakan paduk4 putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya.

Keputeraan

Sultan Pahang telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan. Baginda pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sejak kecil lagi Baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak, sepak raga jaring. Atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, Baginda telah terpilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola sepak.

Pendidikan

Latar belakang pendidikan awal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduk4 Baginda Tuanku telah bermula di Sekolah Clifford, Kuala Lipis  pada tahun 1965.

Kemudian Baginda telah menyambung persekolahan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966-1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970-1974).

Dalam usia 16 tahun, Baginda kemudiannya berangkat melanjutkan pengajian ke Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, UK pada tahun 1975-1977.

Pengajian Baginda kemudiannya diteruskan dalam bidang ketenteraan di The Royal Military Academy Sandhurst, UK (1978 1979). Pada tahun 1980-1981, Baginda telah meneruskan pengajian peringkat diploma di Worcester & Queen Elizabeth College, UK dalam bidang International Relations And Diplomacy.

Rangkuman perjalanan Pendidikan baginda adalah seperti berukut :

  • Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
  • Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
  • Davies College, London – Advance School 1978-1979
  • Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978

Ketenter4an

Seperti kelazimannya, sebagai pewaris takhta, KDYMM Seri Paduk4 Baginda Tuanku telah didedahkan dengan bidang ketenter4an sejak dari awal lagi.

Komitmen Baginda dalam bidang ketenter4an sangat terserlah sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.

Baginda juga adalah Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia dan dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Ask4r Wataniah pada 1 Mei 1999. Sifat kepimpinan Baginda dalam bidang ketenteraan sentiasa dikagumi sehingga Baginda dilantik menjadi Kolonel, Rejimen 505 Ask4r Wataniah pada 1 Jun 2000 dan kemudiannya menjadiBrigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Ask4r Wataniah pada 1 April 2004.

Antara pencapaian lain baginda adalah seperti berikut :

  • Brigadier General, Regiment 505 Voluntary Army 1st April 2004
  • Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st June 2000
  • Lieutenant Colonel, Regiment 505 Voluntary Army 1st May 1999
  • Captain, Corp Cavalry of Malaysian Army 1980
  • 2nd Lieutenant, Royal Military Academy, Sandhurst, England 1980

(Commissioned by Queen Elizabeth II)

Pelantikan Pemangku Raja

Sewaktu Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Negeri Pahang.

Oleh kerana Baginda telah terdedah ke dunia pentadbiran, sering pula mengikut ayahanda Baginda menemui rakyat, tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ketika menjadi Pemangku Raja inilah Baginda menyertai kursus hal-ehwal luar negeri di Queen Elizabeth College, University Oxford, England dan kursus Tatacara Pentadbiran Tanah di Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur selama 2 minggu (Disember 1982).

Sebagai Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Baginda amat mengambil berat akan hal ehwal rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur.

Di dalam siri keberangkatan Baginda ke daerah-daerah, Baginda telah menggunakan helikopter untuk cepat sampai ke tempat-tempat yang dilawati dan seterusnya dapat meninjau dengan lebih dekat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Hasrat utama Baginda ialah untuk memastikan segala aspek pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat ke tahap yang maksimum.

Permaisuri

KDYMM Seri Paduk4 Baginda Tuanku telah bertemu jodoh dengan KDYMM Seri Paduk4 Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu puteri ketiga kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Pengantin Diraja Pahang dan Johor ini telah diijab kabulkan pada 6 Mac 1986 di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor dan Istiadat Membatalkan Air Sembahyang telah diadakan di Istana Bukit Serene. Hasil perkahwinan tersebut Baginda berdua telah dikurniakan dengan empat orang putera dan lima orang puteri.

Jawatan disandang

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang

Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia

 

Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)

: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA

: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia

: Presiden Persekutuan Hoki Asia

: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa

 

Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)

: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)

 

Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)

Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)

Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Sumber: Portal Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduk4 Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian