JOHOR BAHRU – Melakukan tapisan ketat sebelum dibenarkan menyertai sindiket penyelvdupan manusia ke seluruh negeri ini dengan bayaran antara RM1,200 hingga RM1,400 untuk seorang pendatang asing tanpa izin (PATI).
Selepas diterima ketua sindiket akan direkrut untuk dijadikan satu daripada enam penggiat utama sindiket itu sama ada menjadi ejen yang mengurus keluar masuk Pati, menguruskan pengangkutan, berperanan sebagai tekong darat atau tekong laut dan penjaga rumah penampungan.
Sindiket itu yang didalangi seorang lelaki di Batam, Indonesia, sudah beroperasi sejak 2014 dan sehingga kini sudah membawa masuk dan keluar kira-kira 43,200 migran dengan memperoleh RM60.48 juta hasil daripada kegiatan tersebut.
Ketua p0lis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil usaha Jabatan Siasatan jen4yah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen p0lis (IPK) Johor, Bahagian Penceg4han Antipemerd4gangan Manusia dan Penyelvdupan Migr4n (D3) serta Bahagian Sias4tan jen4yah Terancang (D14) Bukit Aman berjaya melvmpuhkan kegiatan tersebut.
“Menerusi serbuan dari 4 Jun hingga semalam kita berjaya menangkap 40 ahli sindiket penyelvdupan manusia tersebut yang menjalankan kegiatan itu di seluruh negeri terutama di pantai timur Johor. Pati akan dibawa dari Batam atau Bintan ke Punggai di Indonesia ke Ulu Tiram (Johor Bahru); Sungai Rengit (Batu Pahat) atau Bandar Penawar, Tanjung Sedili dan Felda Tenggar0h (Kota Tinggi) dalam masa 45 minit.
“Mereka yang ditah4n itu terdiri daripada 21 warga tempatan termasuk seorang wanita berstatus pemastautin tetap dan 19 warga Indonesia berusia 22 hingga 58 tahun.
“Pecahan peranan suspek yang ditangk4p adalah melibatkan tiga agen, 10 orang yang menguruskan pengangkutan, 15 tekong darat dan 12 penjaga rumah penampungan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini.
Ayob Khan (tengah) menunjukkan gambar 40 ahli sind1ket penyelvdupan manusia yang ditahan dalam serbu4n berasingan, pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini.
Katanya, turut dir4mp4s dalam operasi selama empat hari itu 16 buah kenderaan, satu van, lapan bot fiber dan 114 buah telefon bimbit pelbagai jenis.
Menurutnya, sindiket itu yang sudah beroperasi sejak kira-kira tujuh tahun lalu dianggarkan membawa masuk 500 hingga 600 Pati negara berkenaan pada setiap bulan.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan p0lis di Indonesia untuk mengesan lelaki di Batam itu yang menjadi dalang utama sind1ket tersebut sekali gus mengh4puskan terus kegiatan jen4yah rentas sempadan berkenaan.
Tambahnya, dengan tertangkapnya ahli-ahli sindiket tersebut p0lis Johor berjaya menumpaskan 95 peratus aktiviti penyelvdupan migr4n di pantai timur dan fokus selepas ini adalah di kawasan pantai barat Johor.
Kes disi4sat di bawah Seksyen 130V Bab 6B (jen4yah Terancang) Kanun Kes3ks4an dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar Harian