Aku ckgu B.English dan rapat dgn pelajar brnama Sarah. Gara2 sikap peliik Sarah yg suka memelok, aku jauhkan dirinya.

Aku ckgu B.English dan rapat dgn pelajar brnama Sarah. Gara2 sikap peliik Sarah yg suka memelok, aku jauhkan dirinya.

Assalamualaikum. Terima kasih admin approved kisah saya. Nama saya Sofea, guru bahasa Inggeris.

Mula mengajar pada tahun 2014 di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air.

Tahun pertama agak ralat bagiku kerana belum kenal baik dengan anak2 murid. Aku menjadi guru kelas tingkatan 2.

Jadi sebarang urusan memang aku banyak bersua dengan Sarah, ketua kelas.

Sarah sama sepertinya remaja perempuan lain, sedang mencari jati diri. Orangnya petah berbicara dan rajin menolong guru.

Hari demi hari hubungan kami makin mesra ibarat kakak dan adik. Sementelah pula aku hidup seorang di perantauan, Sarah umpama adikku yang jauh di pantai timur tanah air.

Tahun berganti tahun, Sarah yang aku kenal semakin berubah. Dari seorang yang ceria menjadi pendiam.

Kawan sekerja sering mengadu, Sarah kurang ajar dengan guru2!! Terkedu aku mengenangkan perubahan Sarah.

Namun Sarah masih seperti dulu di mataku. Tak pernah lupa hari lahirku. Tiap2 kali, dia masakkan kek sempena hari jadiku. Aku bersyukur punya pelajar yang menghargai guru.

Masuk tahun ke 3, per4ngai Sarah makin pelik di mataku. Dia akan mem4ki siapa-siapa yang mendekat dengan ku.

Pernah dia men4mpar pelajar perempuan tingkatan 1 kerana memanggilku “cikguku sayang”.

Tak cukup dengan itu, Sarah akan menelefon aku selepas sekolah semata-mata untuk mar4hkan aku jika dia nampak aku berborak dengan mana-mana murid. Bukan sekali dua, tapi berpuluh kali.

Aku makin rimas. Lagaknya seperti kekasih yang kuat meng0ngkong.

Aku mula berfikir yang bukan-bukan tambahan lagi dengan per4ngainya yang tiba2 muncul entah dari mana dan memeluk aku.

Serongkah kamu Sarah??!

Aku mula mengelak bertembung dengan Sarah. Aku sanggup mengambil laluan jauh semata-mata tidak mahu lalu depan kelas Sarah. Bila Sarah mesej, aku sekadar baca tanpa balasan.

Satu hari, aku dapat panggilan daripada kawan Sarah. Sarah cuba bvnvh diri dengan terjun dalam laut, mujur ada nelayan yang selamatkan Sarah. Puncanya Sarah tertek4n diabaikan aku.

Allah… Mengucap panjang aku. Lemah longlai segala sendi. Aku minta maaf pada Sarah kerana mengelak darinya.

Sarah tunduk, tiada bicara, cuma air mata bercucuran tumpah ke bumi. Aku tanya, kenapa?

Tapi Sarah tetap membisu sama seperti selalunya apabila aku cuba mencari tahu masal4hnya.

Sejak peristiwa itu, Sarah hilang terus dari pandanganku. Dia betul2 mengelak dari bertemu empat mata denganku.

Dek kesibukan kerja, akhirnya aku lupa pada insan bernama Sarah. Tamat SPM, Sarah langsung hilang khabar tanpa berita.

5 bulan lamanya Sarah lenyap dari akal fikiranku seolah2 tidak pernah wujud dia dalam hidupku.

Padahal selama 4 tahun itulah Sarah menemani hari2 aku dengan senyum tawanya. M4rah sungguh aku dengan cubaan bvnoh dirinya.

Apa nilai sebuah nywa bagimu Sarah?

Satu hari, Sarah menghantar mesej, datuknya mening4l dunia. Aku pergi ke perkvburan mencari kelibat Sarah.

Sarah menunggu hingga semua pulang, menunduk di pusara tanpa siapa-siapa di sisi. Aku pegang bahu Sarah, dan dia langsung menumpahkan air mata untuk kesekian kali.

“Sarah minta maaf cikgu. Sarah tak berniat sakitkan hati cikgu. Masa Sarah kecil, papa Sarah buang Sarah dan mama sebab tergilekan perempuan lain.

Mama jadi ibu tunggal. Jadi janda. Semua orang benci mama sebab status mama…”

“Adik beradik mama sendiri pandang serong pada mama sebab mama janda. Atuk la yang galas tanggungjawab jaga Sarah layaknya seorang ayah.

Atuk sentiasa ada dengan Sarah. Atuk tenangkan hati Sarah bila orang kutvk Sarah tak ada ayah.

Atuk cakap tak apalah, Sarah ada atuk kan… Tapi…. Sekarang atuk dah tak ada. Mama pula dah lama s4kit knser. Sekarang stage 4. Sarah tak kuat cikgu!! ”

Fahamlah aku kenapa Sarah terlalu overreact bila murid lain rapat dengan aku, kerana dia terlalu s4kit dengan kehilangan. Berat rasanya hati ini dihimpit perasaan bers4lah.

Sejak itu aku tak putus2 bagi semangat untuk Sarah belajar, sambung ke peringkat STPM. Keputusan SPM Sarah tak sebaik mana.

Sebelum pkp bermula, sempat aku bertemu dengannya semasa majlis keputusan STPM. Sarah mendapat pointer 3.0. Alhamdulillah.

Mama Sarah masih berjuang dengan peny4kitnya. Doakan Sarah dan mama dia ye readers semua. Semoga Sarah berjaya ke menara gading.

Semoga hidup Sarah bertambah baik. Doa cikgu sentiasa bersamamu.

– Sofea (Bukan nama sebenar).

Komen warganet.

Fazidah. Aamin semoga dia berjaya lalui semua kesusahan ni…tapi ada yg lagi teruk dari Sarah , dan terpaksa berju4ng dlm diam kerana tak ada yg nak dengar atau membantu…

Banyak yg hanya menghvkum pelajar tanpa ambil tahu beban yg mereka galas dlm usia muda mereka, ada yg dilabelkan “malas”, “pengotor”, “bdoh” walhal sebenarnya mereka sibuk, miskin, dan kurang pendidikan awal sebab tak mampu…tolonglah mereka.

Julie Anne. Hrp konfeser terima sarah sebagai adik, bkn sebagai murid. Budi baik mhidupkan jiwa yg telah m4ti sgt besar balasannya di sisi allah.

Norliza. sed1hnya..moga Allah beri kekuatan buat sarah untuk terus berjaya..juga kekuatan buat cikgu supaya dapat terus membimbing Sarah.

Rahmah Aziz. Ssh nya bertemu insan yg memahami jiwa kita..bila dah jumpa..kita xnk kehilangannya..bukan mengongkong..cuma takut rasa ditinggalkan.

Hanum Bani. Saya suka jika Sarah jd cikgu… Masuk UPSI. selain kerja terjamin ada slps grad…

Pengalaman hidup yg sangat berharga itu jdkn aset bernilai untuk bntu remaja d sekolah. Hanya org yg merasa perit lebih tahu derita org yg menghadapinya… Tetapi apa pun pilihan sarah sy doakan dia terus kuat… Dan diberkati Allah hidupnya.

Naza Majid. Lelaki kan. Ramai yg ada anak diabaikan. Dah tua tak berdaya sebuk pulak kutuk anak drhaka bila anak2 jauhkan diri.

Sumber: IIUMC.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : thetulars.com